Kita berharap pihak kerajaan tidak memandang ringan isu berkenaan. Kita juga berharap PM juga mendengar rintihan anak-anak Melayu Jerantut ini. Jangan kecewakan hati kami dan kami tidak teragak-agak untuk lakukan sesuatu yang akan mengecewakan kerajaan dalam PRU 13 nanti jika kami dikecewakan. Kami memperjuangkan bangsa dan tanahair kami yang kami duduki selama ini. Biarlah Jerantut tidak membangun dari ianya dibangunkan dan hanya menguntungkan orang asing. (Pohon sahabat-sahabat blogger sebarkan isu ini)
KEPADA YAB DATO SERI DIRAJA HAJI ADNAN YAAKOB
MENTERI BESAR PAHANG
WISMA SRIS PAHANG
25502 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR
Salamu alaikum Dato' seri
PEROJEK PEMBANGUNAN BANDAR BARU JERANTUT SECARA PENGSWASTAAN.
Terlebih dahulu kami mendoakan agar YAB Dato' Seri sihat sejahtera hendaknya.
Kami  difahamkan projek diatas, kerajaan negeri telah meluluskan tanah seluas  lebih kurang 15 ekar dibandar baru Jerantut yang didalamnya terdapat  stesen bas lama, pasar lama, dataran majlis, kawasan pasar malam sekitar  pasar,  tanah tapak ekspo dekat Tok Kong China dan lain-lain  sekitarnya.
2.  Tanah tersebut telah diluluskan kepada Syarikat Grandmas Sdn Bhd. Ahli  Lembaga Pengarahnya terdiri dari  Goh Seng Kam, Haji Rosdi Awang Sulong,  Rahmat Yusuf dan seorang lagi nama melayu yang tidak dikenali.    Dibelakang Goh Seng Kam ada seorang wakil Rakyat dan dibelakang  dibelakang Dato Haji Rosdi dan Rahmat juga ada seorang wakil rakyat.   Ketiga-tiga mereka adalah proksi sahaja.
3.  Kami  dimaklumkan juga syarikat grandmas telah bertukar tangan atau telah  dijual kepada orang lain yang bukan orang Jerantut.  65%  seorang China  dan 35% seorang melayu. 
            ISU YANG TIMBUL
Kami  juga diberi tahu pelan pembangunan telah diluluskan. Dewan perniagaan  china Jerantut seramai 300 orang telah membantah supaya setesen bas yang  dalam cadangan akan dipindahkan kebawah bukit berhampiran Tok Kong  China dekat pasar babi sekarang  supaya tidak dipindahkan dan dikekalkan  ditempat lama.
Dataran  Jerantut dihadapan  bangunan pejabat Majlis Daerah Jerantut sekarang,  merupakan pusat aktiviti sosial dalam bandar seperti tempat berhimpun  malam kemerdekaan, hari kemerdekaan, persembahan kebudayaan, aktiviti  golongan muda/belia serta pentas ceramah-ceramah agama dan pasar  ramadhan setahun sekali akan dimusnahkan untuk pembangunan The Mall.
Rakyat  Jerantut sudah mula bising dengan pemusnahan kawasan dataran lapang  tersebut. Ura-ura akan diadakan demonstrasi besar-besaran ditempat itu  nanti jika diteruskan.
(3).   Setesen Bas baru akan dibuat tiga tingkat. Bahagian bawah adalah  hentian bas.  Tingkat  dua dan tiga lot-lot perniagaan untuk peniaga  kecil dianggarkan 160 orang peniaga boleh dimasukan. Semua  peniaga-peniaga kecil yang bertaburan dalam bandar Jerantut akan direban  sekali disitu. Gerai-gerai mereka dipersekitaran itu akan diroboh dan  diganti dengan bangunan kedai mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang  melayu.Nanti kalau mahu lihat melayu hanya pergi jenguk keperhentian  Bas. Ini semua rancangan Dato' Lau Lee yang anti melayu itu mengikut  pegawai-pegawai majlis daerah.
(4)  Kami difahamkan juga kedai-kedai yang akan dibina tiga dan empat  tingkat dengan harga 600,000 hingga 1,000,000 keatas. Berdasarkan bandar  baru Indera pura dan bangunan yang dibina atas tapak taman dibandar  baru sekarang, orang melayu tidak mampu membeli kerana harga 600,000  ketas sebuah kedai dua tingkat.
                         KESAN.
Pemilikan  harta melayu dibandar Jerantut peratusannya sangat kecil hanya boleh  tahan dari Pulau Pinang. Orang Melayu tidak mampu membeli harta  tersebut.  Pada satu ketika dahulu  PKNP di ikuti oleh IKIP telah  membina bangunan, orang melayu mampu membelinya. Hanya itu sahaja yang  masih tinggal pada orang melayu.
Kami  telah bertanya kepada UMNO Bahagian Jerantut, Pegawai-pegawai kanan  diPejabat Daerah Jerantut serta Ahli-ahli Majlis Jerantut mengapa  dibenarkan jadi begini ?. Mereka kata mereka tidak ada kuasa. Kuasa  melulus adalah kuasa MB dan Exco sahaja buat keputusan.
Sekarang  kami ingin tanya YAB Dato' Seri, apa rasionalnya kerajaan negeri  meluluskan pembangunan yang orang melayu tidak mampu berkongsi sama ?.  Tidak kerajaan terfikir suatu hari nanti melayu tenggelam dalam hutan  batu bukan milik mereka. Sedangkan melayu hanya mampu mendirikan  khemah-kemah dicelah bangunan tersebut dan dijadikan anjing oleh majlis  bandaran dikejar dan diburu walaupun untuk kais pagi makan pagi,kais  petang makan petang?.
Apakah  Kerajaan negeri tidak mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku diPulau  Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan lain-lain  hingga tidak bersela ?.   BACA SINI.   Apakah kerajaan negeri mahu?. Tidak kah kerajaan terfikir untuk menjaga  masa depan melayu dan generasi akan datang hingga tidak dapat bertenang  dan tidak cukup tanah untuk dibangunkan sekarang?. Mahukah Dato' Seri  menjadikan sama Jerantut ini dengan Bentong, Raub, Temerloh, Kuantan,  majoriti melayunya tidak sampai 55peratus sedikit masa lagi?.
Pepatah  Hang Tuah melayu tak hilang didunia boleh dipakai kah sekarang?. Kami  tidak menyalahkan YAB Dato' Seri dalam hal ini. Mustahil YAB Dato' Seri  tahu semua kerana banyak perkara besar yang mustahak difikirkan.  Tetapi  kami percaya 'kertas cantik' sampai kemeja Dato' Seri hingga Dato' Seri  minat untuk meluluskannya.
Dato'  Seri,  ada moral disebalik kertas cantik itu. Sekarang orang jerantut  sudah mula bercakap 'soal main cantik buat duit' mereka-mereka yang  diamanahkan. Blog ADUN Tahan telah membongkar cerita ini secara terbuka.  Dato' Seri baca ke?. Tentu tidak. Dato' Seri tidak minat pada IT. Orang  lama tidak minat dengan media baru.
RAYUAN
Adalah  lebih baik projek ini ditangguh untuk diteliti lebih dalam dan Dato'  Seri mendengar banyak pihak dahulu. Lebih dihormati lagi jika boleh '  batalkan' sahaja. Kerana jika diteruskan perkara ini jadi panjang dan  mungkin ada yang terpaksa turun naik kemahkamah dalam usia bersara.
Sekiranya  diteruskan juga tanpa mendengar pandangan rakyat, (1) setesen bas  hendaklah dikekalkan dilokasi sekarang. (2) Dataran Majlis jangan  dimusnahkan. ( 3) tidak mengurung peniaga-peniaga kecil melayu seperti  reban ayam daging. Biar mereka berniaga dibanyak lubuk. Gerai-gerai  harus menjadi sumbangan syarikat itu.  (4) kedai-kedai yang diluluskan  bangunannya jangan lebih dari dua tingkat untuk memberi peluang  mampubeli orang melayu. (5) pembangunan mengikut fasa-fasa dalam tempuh  tidak kurang 10 tahun.
Sebaik-baiknya  projek ini dibatalkan untuk menyelamatkan mereka  penyamun tarbus  ternama diseret. Cina-cina Jerantut sekarang sangat ghairah merebut  tanah-tanah dibandar ini. Mereka mohon lulus sebab ada 'pemain cantik'  dibelakangnya.
Kami  minta maaf kepada Dato' Seri kerana memilih untuk membuat lapuran dan  rayuan ini dalam media kerana kami mahu suara kami didengari oleh ramai  orang.  Projek  Kami tidak ada ruang untuk bersuara. Kami bukan pemimpin  UMNO, Bukan Ahli Majlis dan bukan Wakil rakyat. Jadi kami jadikan laman  ini sebagai dewan mulia bagi kami. Isu projek silang BACA SINI
Diatas keprihatinan YAB Dato Sri  kami ucapkan terima kasih. Wassalam
Sekian.
        tt
anak jati jerantut
sk
YAB DATO SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
melalui SU Akhbar PM
( baca dan sampaikan kepada PM}
Sumber : SPU Jerantut
Pendekar sering juga melawat blog SPU Jerantut ni. Banyak luahan dibuat berikutan keadaan Jerantut yang dikatakan terpinggir daripada pembangunan. Jangan katakan Jerantut, banyak lagi tempat di Pahang ni terpinggir. Kuantan pun tidak lah semaju mana juga.
Jadi pendekar berharap buat sesiapa yang rapat dengan MB Pahang, tolong ler bisik bisik di telinga dia. Tolong segerakan pembangunan di Pahang tetapi hendaklah adil dan saksama kepada semua kaum.
sk
YAB DATO SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
melalui SU Akhbar PM
( baca dan sampaikan kepada PM}
Sumber : SPU Jerantut
Pendekar sering juga melawat blog SPU Jerantut ni. Banyak luahan dibuat berikutan keadaan Jerantut yang dikatakan terpinggir daripada pembangunan. Jangan katakan Jerantut, banyak lagi tempat di Pahang ni terpinggir. Kuantan pun tidak lah semaju mana juga.
Jadi pendekar berharap buat sesiapa yang rapat dengan MB Pahang, tolong ler bisik bisik di telinga dia. Tolong segerakan pembangunan di Pahang tetapi hendaklah adil dan saksama kepada semua kaum.
1 comment:
Admin tumpang sekejap yer...
Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
elaun : rm1200/sem
yuran : rm200/sem
https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh
Post a Comment