Sunday, November 14, 2010

Rintihan Warga Jerantut

Kali ini MuaraSat menulis surat terbuka kepad MB Pahang yang digambarkan sedang berusaha mengikis segala apa yang ada sebelum meninggalkan kerusi empoknya. (Saya salinkan sepenuhnya posting berkenaan). Blog WZWH juga menulis isu sama dengan mengulas 'surat terbuka' berkenaan dengan tajuk 'Projek Pembangunan Bandar Jerantut - Grandmas Affair'

Kita berharap pihak kerajaan tidak memandang ringan isu berkenaan. Kita juga berharap PM juga mendengar rintihan anak-anak Melayu Jerantut ini. Jangan kecewakan hati kami dan kami tidak teragak-agak untuk lakukan sesuatu yang akan mengecewakan kerajaan dalam PRU 13 nanti jika kami dikecewakan. Kami memperjuangkan bangsa dan tanahair kami yang kami duduki selama ini. Biarlah Jerantut tidak membangun dari ianya dibangunkan dan hanya menguntungkan orang asing. (Pohon sahabat-sahabat blogger sebarkan isu ini)

KEPADA YAB DATO SERI DIRAJA HAJI ADNAN YAAKOB
MENTERI BESAR PAHANG
WISMA SRIS PAHANG
25502 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR

Salamu alaikum Dato' seri

PEROJEK PEMBANGUNAN BANDAR BARU JERANTUT SECARA PENGSWASTAAN.

Terlebih dahulu kami mendoakan agar YAB Dato' Seri sihat sejahtera hendaknya.

Kami difahamkan projek diatas, kerajaan negeri telah meluluskan tanah seluas lebih kurang 15 ekar dibandar baru Jerantut yang didalamnya terdapat stesen bas lama, pasar lama, dataran majlis, kawasan pasar malam sekitar pasar, tanah tapak ekspo dekat Tok Kong China dan lain-lain sekitarnya.

2. Tanah tersebut telah diluluskan kepada Syarikat Grandmas Sdn Bhd. Ahli Lembaga Pengarahnya terdiri dari Goh Seng Kam, Haji Rosdi Awang Sulong, Rahmat Yusuf dan seorang lagi nama melayu yang tidak dikenali. Dibelakang Goh Seng Kam ada seorang wakil Rakyat dan dibelakang dibelakang Dato Haji Rosdi dan Rahmat juga ada seorang wakil rakyat. Ketiga-tiga mereka adalah proksi sahaja.

3. Kami dimaklumkan juga syarikat grandmas telah bertukar tangan atau telah dijual kepada orang lain yang bukan orang Jerantut. 65% seorang China dan 35% seorang melayu.

ISU YANG TIMBUL

Kami juga diberi tahu pelan pembangunan telah diluluskan. Dewan perniagaan china Jerantut seramai 300 orang telah membantah supaya setesen bas yang dalam cadangan akan dipindahkan kebawah bukit berhampiran Tok Kong China dekat pasar babi sekarang supaya tidak dipindahkan dan dikekalkan ditempat lama.

Dataran Jerantut dihadapan bangunan pejabat Majlis Daerah Jerantut sekarang, merupakan pusat aktiviti sosial dalam bandar seperti tempat berhimpun malam kemerdekaan, hari kemerdekaan, persembahan kebudayaan, aktiviti golongan muda/belia serta pentas ceramah-ceramah agama dan pasar ramadhan setahun sekali akan dimusnahkan untuk pembangunan The Mall.

Rakyat Jerantut sudah mula bising dengan pemusnahan kawasan dataran lapang tersebut. Ura-ura akan diadakan demonstrasi besar-besaran ditempat itu nanti jika diteruskan.

(3). Setesen Bas baru akan dibuat tiga tingkat. Bahagian bawah adalah hentian bas. Tingkat dua dan tiga lot-lot perniagaan untuk peniaga kecil dianggarkan 160 orang peniaga boleh dimasukan. Semua peniaga-peniaga kecil yang bertaburan dalam bandar Jerantut akan direban sekali disitu. Gerai-gerai mereka dipersekitaran itu akan diroboh dan diganti dengan bangunan kedai mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang melayu.Nanti kalau mahu lihat melayu hanya pergi jenguk keperhentian Bas. Ini semua rancangan Dato' Lau Lee yang anti melayu itu mengikut pegawai-pegawai majlis daerah.

(4) Kami difahamkan juga kedai-kedai yang akan dibina tiga dan empat tingkat dengan harga 600,000 hingga 1,000,000 keatas. Berdasarkan bandar baru Indera pura dan bangunan yang dibina atas tapak taman dibandar baru sekarang, orang melayu tidak mampu membeli kerana harga 600,000 ketas sebuah kedai dua tingkat.

KESAN.

Pemilikan harta melayu dibandar Jerantut peratusannya sangat kecil hanya boleh tahan dari Pulau Pinang. Orang Melayu tidak mampu membeli harta tersebut. Pada satu ketika dahulu PKNP di ikuti oleh IKIP telah membina bangunan, orang melayu mampu membelinya. Hanya itu sahaja yang masih tinggal pada orang melayu.

Kami telah bertanya kepada UMNO Bahagian Jerantut, Pegawai-pegawai kanan diPejabat Daerah Jerantut serta Ahli-ahli Majlis Jerantut mengapa dibenarkan jadi begini ?. Mereka kata mereka tidak ada kuasa. Kuasa melulus adalah kuasa MB dan Exco sahaja buat keputusan.

Sekarang kami ingin tanya YAB Dato' Seri, apa rasionalnya kerajaan negeri meluluskan pembangunan yang orang melayu tidak mampu berkongsi sama ?. Tidak kerajaan terfikir suatu hari nanti melayu tenggelam dalam hutan batu bukan milik mereka. Sedangkan melayu hanya mampu mendirikan khemah-kemah dicelah bangunan tersebut dan dijadikan anjing oleh majlis bandaran dikejar dan diburu walaupun untuk kais pagi makan pagi,kais petang makan petang?.

Apakah Kerajaan negeri tidak mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku diPulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan lain-lain hingga tidak bersela ?. BACA SINI. Apakah kerajaan negeri mahu?. Tidak kah kerajaan terfikir untuk menjaga masa depan melayu dan generasi akan datang hingga tidak dapat bertenang dan tidak cukup tanah untuk dibangunkan sekarang?. Mahukah Dato' Seri menjadikan sama Jerantut ini dengan Bentong, Raub, Temerloh, Kuantan, majoriti melayunya tidak sampai 55peratus sedikit masa lagi?.

Pepatah Hang Tuah melayu tak hilang didunia boleh dipakai kah sekarang?. Kami tidak menyalahkan YAB Dato' Seri dalam hal ini. Mustahil YAB Dato' Seri tahu semua kerana banyak perkara besar yang mustahak difikirkan. Tetapi kami percaya 'kertas cantik' sampai kemeja Dato' Seri hingga Dato' Seri minat untuk meluluskannya.

Dato' Seri, ada moral disebalik kertas cantik itu. Sekarang orang jerantut sudah mula bercakap 'soal main cantik buat duit' mereka-mereka yang diamanahkan. Blog ADUN Tahan telah membongkar cerita ini secara terbuka. Dato' Seri baca ke?. Tentu tidak. Dato' Seri tidak minat pada IT. Orang lama tidak minat dengan media baru.

RAYUAN

Adalah lebih baik projek ini ditangguh untuk diteliti lebih dalam dan Dato' Seri mendengar banyak pihak dahulu. Lebih dihormati lagi jika boleh ' batalkan' sahaja. Kerana jika diteruskan perkara ini jadi panjang dan mungkin ada yang terpaksa turun naik kemahkamah dalam usia bersara.

Sekiranya diteruskan juga tanpa mendengar pandangan rakyat, (1) setesen bas hendaklah dikekalkan dilokasi sekarang. (2) Dataran Majlis jangan dimusnahkan. ( 3) tidak mengurung peniaga-peniaga kecil melayu seperti reban ayam daging. Biar mereka berniaga dibanyak lubuk. Gerai-gerai harus menjadi sumbangan syarikat itu. (4) kedai-kedai yang diluluskan bangunannya jangan lebih dari dua tingkat untuk memberi peluang mampubeli orang melayu. (5) pembangunan mengikut fasa-fasa dalam tempuh tidak kurang 10 tahun.

Sebaik-baiknya projek ini dibatalkan untuk menyelamatkan mereka penyamun tarbus ternama diseret. Cina-cina Jerantut sekarang sangat ghairah merebut tanah-tanah dibandar ini. Mereka mohon lulus sebab ada 'pemain cantik' dibelakangnya.

Kami minta maaf kepada Dato' Seri kerana memilih untuk membuat lapuran dan rayuan ini dalam media kerana kami mahu suara kami didengari oleh ramai orang. Projek Kami tidak ada ruang untuk bersuara. Kami bukan pemimpin UMNO, Bukan Ahli Majlis dan bukan Wakil rakyat. Jadi kami jadikan laman ini sebagai dewan mulia bagi kami. Isu projek silang BACA SINI

Diatas keprihatinan YAB Dato Sri kami ucapkan terima kasih. Wassalam

Sekian.

tt

anak jati jerantut
sk
YAB DATO SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

melalui SU Akhbar PM
( baca dan sampaikan kepada PM}

Sumber : SPU Jerantut

Pendekar sering juga melawat blog SPU Jerantut ni. Banyak luahan dibuat berikutan keadaan Jerantut yang dikatakan terpinggir daripada pembangunan. Jangan katakan Jerantut, banyak lagi tempat di Pahang ni terpinggir. Kuantan pun tidak lah semaju mana juga.

Jadi pendekar berharap buat sesiapa yang rapat dengan MB Pahang, tolong ler bisik bisik di telinga dia. Tolong segerakan pembangunan di Pahang tetapi hendaklah adil dan saksama kepada semua kaum.

1 comment:

prog muten said...

Admin tumpang sekejap yer...
Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
elaun : rm1200/sem
yuran : rm200/sem
https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh