Monday, November 15, 2010
Mengapa Anwar Mendiamkan Diri
Sejak kebelakangan ini, PKR dilanda badai hebat. Pergolakan serta penentangan penyokong PKr terhadap pemimpin sendiri menjadi bukti. Malah Zaid Ibrahim sendiri mengatakan Anwar dan Azmin adalah punca kemelut parti PKR.
Pendekar tidak kisah sangat tentang Zaid sebab dia sememangnya seorang yang bercita cita buas. Sejak didalam UMNO lagi dia sudah dikenali sebegitu. Tetapi yang menghairankan pendekar adalah mengapa Anwar boleh berdiam diri sahaja.
Seolah olah tuduhan Zaid dan pergolakan didalam PKR itu bukanlah masalah besar. Sedangkan tuduhan dan pergolakan itu sebenarnya umpama api didalam sekam. Hanya menunggu masa untuk membakar hangus parti PKR.
Dan mengapa Anwar begitu toleran dan hanya membiarkan sahaja kemenangan Azmin walaupun ramai orang mengatakan Azmin menjalankan taktik kotor untuk menang. Jika Anwar terus berdiam diri dan menyokong Azmin, maka benarlah desas desus mengatakan bahawa Anwar sebenarnya "terhutang budi" dengan Azmin.
Pendekar sebenarnya malas nak sebut "budi" apa tetapi cerita ini sudah tersebar sejak Anwar didalam UMNO lagi. Malah Nalla sendiri mengaku Anwar ada "terhutang budi" dengan Azmin.
Mungkin kerana itulah Anwar hanya mendiamkan diri. Anwar sendiri tidak mampu berbuat apa apa terhadap segala kemelut dalaman kerana dia sendiri terperangkap dengan jerat sendiri. Azmin telah memegang rahsia terbesar Anwar dan menyebabkan Anwar berlutut di kaki Azmin.
Rupanya Anwar bukanlah lelaki yang hebat sepertimana pidatonya. Malah dia sememangnya tidak layak menjadi Perdana Menteri. Perbuatan tidak bermoral Anwar telah menjerat dirinya sekaligus membenamkan impiannya untuk ke Putrajaya terkubur bersamanya suatu masa nanti.
Mungkin benar kata Karpal Singh. Anwar harus bertaubat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment