Wednesday, December 1, 2010

Uniknya Malaysia - Banduan Liwat Memakai Gelaran Datuk Seri


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Dua bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memulangkan darjah kebesaran serta ganjaran yang diperoleh hasil keistimewaan orang Melayu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang membuat cabaran itu berkata, beliau berasa pelik dengan tindakan Anwar yang menolak ketuanan Melayu kerana beliau merupakan pejuang utama konsep itu sewaktu menjadi Ketua Pemuda sehingga ke Timbalan Presiden UMNO.

"Mereka (Anwar dan Azizah) tidak layak menerima darjah kebesaran itu. Anwar begitu hipokrit kerana beliaulah yang mewujudkan konsep ketuanan Melayu sewaktu bersama UMNO dahulu.

"Tetapi kini, dia menolak ketuanan Melayu. Adakah Anwar berasa kesal kerana tidak lagi berkuasa dan mahu menghapuskan konsep tersebut?" katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas rasa dukacita Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap segelintir pihak yang berhijrah ke negeri itu, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, sama ada institusi raja Melayu masih relevan dan juga peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Petaling Jaya Ahad lalu berikrar untuk tidak meneruskan konsep ketuanan Melayu.

Anwar dalam ucapan penggulungan di hari terakhir kongres PKR itu memperlekehkan konsep ketuanan Melayu serta usaha-usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar di kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera.

Zahrain berkata, sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dahulu, ramai kroninya mendapat layanan istimewa atas dasar Melayu termasuk anak emasnya yang kini Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Masa dia (Anwar) berkuasa dahulu banyak kawan dia yang mendapat keistimewaan atas dasar orang Melayu. Tetapi kini bila tidak lagi berkuasa konsep yang diperjuangkan olehnya itu ditentang. Ini pemimpin yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin," katanya.

Sumber: Utusan malaysia

Pendekar setuju benar sekiranya darjah kebesarannya diambil semula. Cukup memalukan apabila bekas banduan yang kini berhadapan kes liwat masih lagi memakai gelaran Datuk Seri. Pendekar juga harap kes liwatnya disegerakan. Jangan beri dia peluang untuk terus bebas dan menghina orang melayu dan agama islam.

5 comments:

oRang kAmpong said...

Bro org kg kwn bau sudah mesyurat atas isu tu. Rumusan yg kome buat akan di hantar JABATAN PENDAFTARAN KELAHIRAN MALAYSIA. kome mengusulkan supaya nama ANWAR BIN IBRAHIM di tukar kepada LIM ANWAR LEEWAT. Bapak ketuanan liwat msia.

Anonymous said...

aku bukan nak komen pasal artikel ni..aku view ko punyer artikel kat blog pro ko ni..pesal ape bleh kata 90% takde org komen bro..tuan punya blog ni takda followers ke..cari la pengikut sendiri kasi letup lu punye blog..
satu lagi tertarik lak aku pasal artikel yang pahang pasal negeri pahang tu..baru sedar ke yang daerah dalam pahang ni mmg tak berapa nak maju..tgk maran sudah lah..bandar dah wujud bape lame..tapi lu tau sendiri lah keadaan maran camne..bentong plak pe citer ek..tiap2 tahun jalan jamm dari bentong sampai raub..aku rasa dah lebih 10tahun camni jek..pemimpin bn bentong wat ape ek..tak turun padang ke..blog lu ni atas nama bentong..artikel2 lu sepatutnya utarakan masalah2 yang ada kat daerah bentong..nanti bile MP bentong baca baru lah pemimpin sedar..sori le brader kalu komen gua buat lu panas..tapi sentendet bloggers lah ye tak kalu tak kena komen camni..hidup MELAYU ( biar pon kat mane2 termasuk yang sedang merempat ) janji leh hidup...

oRang kAmpong said...

Ada lg org tertinggal ketapi.klu nak marah pon tengok perentan ckitlah.buat potong stim org jer.Pendekar Melayu bukan pandai mengata org bkn mcm blog puak2 HAMPAS yg suka jual taik telinga tu.org diatas lain x klu nak berperang jgn takbernama.kwn malas nak berlawan ngan pocong ni.

Anonymous said...

bukan btol ke ape statement kat atas tu..maksudnya di sini..highlightkan lah perkara2 yang boleh membawa daerah bentong kearah yang lebih baik sbb admin dah guna nama 'bentong'..aduh ngape payoh sangek nak paham ni..

Pendekar Melayu said...

anon: Saya paham maksud awak.Memang blog ini menggunakan nama Bentong tapi saya bukanlah mengehadkan hanya isu berkaitan Bentong sahaja. Nama Bentong ini saya gunakan kerana saya berasal dari Bentong.Insyaallah saya akan cuba membanyakkan isu isu mengenai Bentong.

orgkampong: Anwar sebenarnya sudah dipenghujung jalan. Karpal pun tahu kes dia tak boleh menang melainkan dengan kesilapan teknikal sahaja.