Tuesday, November 30, 2010

Ayatollah Anwar


KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pihak yang menggelar dan mempertahankan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'anugerah Tuhan' layak digelar orang kurang siuman. Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, orang Melayu yang waras tidak akan sesekali menggadaikan maruah bangsa daripada dikorbankan semata-mata untuk meraih kepentingan politik.

Menurutnya, kenyataan yang diucapkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail seperti sudah kehabisan modal hingga perlu memuji suami sendiri di depan khalayak ramai. "Wan Azizah ini seperti pemimpin boneka yang tidak tahu apa yang dia cakap sehingga perlu memuji suami untuk mengembalikan keyakinan ahli PKR," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhammad Zahid mengulas kenyataan Dr. Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh yang menyifatkan Anwar sebagai 'anugerah Tuhan' bagi memimpin rakyat negara ini. Menurut Dr. Wan Azizah, suaminya ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi.

Tambah Muhammad Zahid lagi, Anwar memang mengharapkan perwakilan memuji beliau untuk menunjukkan di mata ahli PKR bahawa beliau masih mempunyai sokongan teguh daripada akar umbi. "Walaupun Wan Azizah tahu perangai buruk suaminya, dia tetap mahu menyokong kerana takut imej suaminya akan terus jatuh," ujarnya.

Anwar Ibrahim bakal bergelar "Ayatollah". Ini semua tidak mustahil kerana Wan Azizzah sendiri menggelarkan Anwar adalah pemimpin anugerah tuhan. Mungkin selepas ini Nik Aziz juga perlu memikirkan strategi yang serupa. Malulah Nik Aziz, takkan lah peliwat boleh digelar sedemikian rupa sedangkan dia sendiri tidak dipanggil begitu.

3 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

oRang kAmpong said...

Salam ziarah.Jgn pulak ada pemimpim PKR negeri pun declare mcm tu gak.leti aok bersilat nak menjawabnya.maaflah lama xsinggah kat blog aok.kwn nengok surat kabor smlm longnya nerangkan dah pasal artikel DARA dan LKWJ aok tu.gonner puas ati agaknya.wlmmcmmne pun syabas utk Pendekar Melayu dari oRang kAmpong.selamat berjuang.TEH TARIIIIIK SATU tuk PENDEKAR MELAYU.

Pendekar Melayu said...

tungkaran: benar pendapat saudara itu

orang kampung: rasanya pemimpin pkr lain takde nak declare macam tu..tapi kalau pemimpin pas tak tahulah hehehe