JERANTUT 5 Dis. - Perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir individu membuang sampah sarap sesuka hati menyebabkan berlaku pencemaran bau di Bandar Baru Inderapura di sini.
Tinjauan Utusan Malaysia semalam di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai itu mendapati banyak tempat pembuangan sampah haram wujud terutama berdekatan dengan kedai makan, pusat beli-belah dan rumah kongsi pekerja binaan.
Pelbagai program dan kempen kebersihan dilaksanakan pihak berkuasa tetapi hanya sia-sia kerana belum ada perubahan sikap di kalangan pemilik premis dan orang ramai.
Lebih menyedihkan apabila ada individu yang berani mencabar peraturan penguatkuasaan dengan melonggokkan sampah walaupun Majlis Daerah Jerantut (MDJ) meletakkan papan tanda larangan dan amaran denda.
Seorang penduduk, Muhamad Razman Sidek, 39, berkata, dia kesal dengan senario itu kerana masyarakat sepatutnya lebih peka terhadap kebersihan dan penjagaan alam sekitar terutama di bandar Jerantut yang berstatus Bandar Taman Negara.
''Masalah sampah ini seharusnya sudah tidak wujud lagi kini kerana banyak tempat pembuangan sampah disediakan di sekitar bandar Jerantut dan perumahan.
''Sikap masyarakat khususnya di pemilik premis perniagaan dan kedai makan yang tumbuh bagai cendawan menyebabkan masalah sampah ini semakin membimbangkan," katanya.
Menurut Muhamad Razman, longgokan sampah berdekatan kedai makan dan pusat beli-belah bukan sahaja menyakitkan mata memandang tetapi juga menimbulkan ketidakselesaan pelancong berbelanja di Bandar Baru Inderapura itu.
Sumber: Utusan MalaysiaMasalah sampah bukan saja di Bandar Baru Inderapura tetapi ianya adalah masalah sejagat. Sebenarnya tiada cara lain untuk mengatasi masalah ini melainkan dengan mengubah mentaliti manusia itu sendiri.
No comments:
Post a Comment