Thursday, October 14, 2010

Demo Kaki Judi?



Bertempat di satu tanah lapang di Jalan Perak, Jelutong P.Pinang, seramai 30 warga emas yang merupakan penyokong kuat PAS dan PKR telah berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Lim Guan Eng dan kerajaan DAP P.Pinang didalam isu pemberian wang ehsan warga emas.

Semua warga emas ini dikumpulkan dari sekitar kawasan Dato Keramat, Batu Lanchang serta Jelutong telah bersama-sama menolak dakwaan bahawa kerajaan Lim Guan Eng menggunakan hasil judi didalam program bantuan kemiskinan negeri tersebut.



Saya difahamkan, perhimpunan menyokong Guan Eng ini diusahakan oleh Ketua-ketua PAS dan PKR kawasan dan mendapat kerjasama dari Adun Dato Keramat Jagdeep Singh, ADUN Batu Lanchang Danny Law dan juga Setiausaha Politik Ketua Menteri iaitu Ng Wei Aik.

Media Permatang Pauh

Kesian pula pendekar apabila melihat gelagat orang orang tua yang dipaksa oleh orang kemaruk judi. Mana taknya, tak pasal pasal mereka mendapat sama dosa kerana bersubahat dengan orang kemaruk judi.

Dimana waris waris mereka. Tergamak kah mereka membiarkan emak ayah mereka dipergunakan oleh kaki judi? Inilah jadinya apabila DAP memerintah. Arak, zina dan judi akan dihalalkan oleh mereka.

No comments: