Wednesday, September 22, 2010

Politik Jerantut Huru Hara - Tok Nan Sila Turun Padang

Pendekar sebenarnya sudah lama membaca pelbagai cerita mengenai pergolakan politik di Jerantut. Habis semua benda dalam kain diselak dicuit. Daripada kisah orang berebut jawatan sampailah kisah seorang pemimpin wanita menjajah Rest House Jerantut.

Pendekar sendiri tak kenal siapa wanita yang heboh diperkatakan oleh blogger sana. Wanita ini dikatakan memegang jawatan tinggi didalam UMNO Jerantut. Dia dikatakan tidak membayar sewa Rest House selama 4 tahun. Malah membuat tuntutan pembaikan yang boleh dipertikaikan (klik sini)


Pintu sebuah bilik di Rest House walaupun dikatakan telah dibaikpulih

Mengikut pemerhatian pendekar juga, ramai blogger dari Jerantut tidak senang dengan sikap Tok Nan yang dikatakan tidak menjalankan tugas dengan baik (klik sini). Oleh itu pendekar minta sangat sangatlah Tok Nan turun padang melihat sendiri keadaan disana.

Jangan biarkan mereka terasa tersisih dan menolak UMNO selepas ini. Selamilah rintihan mereka. Jangan terlalu mudah percaya kepada penolong penolong Tok yang semuanya manis dibibir sahaja.

Bertindaklah sebelum terlambat.

No comments: