Wednesday, September 22, 2010

JKR Perlu Berikan Perhatian

TEMERLOH 20 Sept. - Penduduk di tiga kampung di sini merungut apabila terpaksa melalui jalan yang berlubang dan pecah di Jalan Temerloh-Maran di sini, setiap hari.

Mereka mendakwa, masalah itu telah diajukan beberapa kali kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi sehingga kini tidak ada maklum balas diambil.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan terbabit mendapati kerosakan jalan sejauh lima kilometer itu melibatkan Kampung Paya Pulai, Kampung Batu 4 dan Kampung Batu 5.

Seorang penduduk, Azli Fasehan Bahari, 24, berkata, dia menggunakan jalan berkenaan untuk berulang alik ke tempat kerja setiap hari sejak setahun lalu.

Menurutnya, keadaan jalan di kawasan berkenaan sangat teruk sehingga mengakibatkan kenderaannya sering rosak dan terpaksa menjalani penyelenggaraan secara kerap.

"Sudahlah permukaan jalan pecah dan berlubang-lubang, jalannya pula agak sempit.

"Kami mahu pihak bertanggungjawab menurap semula dan melebarkan laluan berkenaan yang digunakan ribuan kenderaan setiap hari," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Di Bentong juga mengalami masalah serupa. Walaupun baru baru ini pihak JKR sudah membaiki jalan tetapi masih ada jalan yang rosak terutama di kawasan Hentian Bas Bentong. Malah jalan Bentong - Raub juga tidak rata.

JKR sekarang seolah olah sudah tidak membuat kerja. Entah apa yang dibuatnya pendekarpun tak tahu. Sehinggalah MB Pahang menegur sendiri sikap JKR baru baru ini berikutan keadaan jalan Bentong - Raub - Kelantan yang teruk.

No comments: