Thursday, September 23, 2010

Nik Aziz Kena Pusing?

Sejak keluar berita tentang sebuah syarikat memberikan sumbangan wang sebanyak RM4 bilion kepada PAS semalam, bermacam spekulasi dibuat.

Pihak I'da World maklumkan ianya sebagai hadiah kerana mendapat projek yang bernilai RM1 trilion di Kelantan. Sedangkan Nik Aziz mengatakan ianya adalah mengarut dan akan menyenaraihitamkan syarikat berkenaan berikutan dakwaan syarikat berkenaan yang tak berasas.



Pening kepala pendekar memikirkan perkara ini. Siapa tipu siapa sebenarnya. Nik Aziz mendakwa tiada sebarang projek diberikan kepada syarikat berkenaan dan pemberian wang RM4 bilion tidak bersangkut dengan parti PAS.

Tetapi mengapa adik beliau mengambilnya malah menyifatkan ianya merupakan bantuan peribadi kepada parti PAS?

Manakala syarikat berkenaan mendedahkan mereka ada berurusan dengan Nik Aziz berkenaan sesuatu projek (sumber klik sini)

Macam macam hal boleh berlaku didalam politik ini. Nampaknya PAS juga tidak berbeza dengan UMNO. PAS juga terpalit dengan kroni, tender projek dan unsur unsur meragukan.

Boleh jadi Nik Aziz sudah kena jual sama dengan tuan penasihatnya.Kesian....

No comments: