Tuesday, September 28, 2010

Perbalahan Dalaman Di Jerantut Berlarutan

Tidak lama dahulu pendekar menyiarkan suasana politik UMNO yang tidak aman di Jerantut (klik sini), dan sekarang blog SPU iaitu blog paling aktif di Jerantut sudah digam (klik sini) dan (klik sini).

Dikatakan ianya bermula akibat perebutan jawatan didalam UMNO untuk PRU akan datang. Masing masing ada kepentingan periuk nasi sendiri. Pada pendekar, perkara ini tidak sepatutnya berlaku.



Kita didalam satu parti, sepatutnya semuanya boleh bawa berbincang. Ibarat didalam satu kapal, kalau setiap orang ada agenda sendiri sehingga sanggup bergaduh maka kapal akhirnya akan karam jua.

Ada pihak menuduh seseorang yang berjawatan tidak mengambil peduli hal rakyat bawahan, tidak celik IT malah ada cerita orang tak bayar sewa Resthouse selama 4 tahun.

Macam macam hal di Jerantut. Bawa bawalah berbincang elok elok. Jangan dirosakkan perpaduan orang melayu. Dan kalau rasa mungkin benar diri tidak menjalankan amanah yang dipertanggungjawapkan, silalah undur diri dengan baik. Sedangkan Tun Mahathir sanggup berundur untuk kebaikan parti, takkan pula kita yang pangkat tak seberapa hendak berlagak pula.

3 comments:

Anonymous said...

Salam pendekar.Pemimpin pemimpin dalam UMNO jerantut kenalah terdiri dari org yang bersih dan juga kelihatan bersih.Namun masih ramai pemimpin yang tidak bersih berada didalam ajk bahagian.Bagaimana rakyat akar umno akan menyokong UMNO jika masih ada pemimpin yang tak baik?

Anonymous said...

bila negeri tak kcmuk bahagian pun bertarabur dan cawangan hancur !
Soalnya dah tak boleh bincang lagi. Mereka berjawatn makin rakus tak peduli lg apa orang cakap. Boss awak bentong itu lagi tenat brother, kuasa veto dan kuku besai hihihi

Pendekar Melayu said...

Anon : Benar kata kata tu