Tindakan Nik Aziz yang tetap mahu menggunakan matawang dinar emas dan dirham perak jelas menunjukkan kecelaruan didalam pemikiran dan pentadbiran beliau. Walaupun pada mulanya dia katakan penggunaannya adalah melibatkan sistem barter. Namun penggunannya tetap diragui.
Tindakan Nik Aziz mungkin akan merugikan peniaga dan rakyat Kelantan sendiri (klik sini) malah matawang itu juga tidak diiktiraf oleh bank konvensional dan juga luar negara. Sebuah majalah di Arab Saudi juga menempelak tindakan Nik Aziz yang jelas hanya bermotifkan politik dan mahu menunjukkan kuasa (klik sini).
Apa lagi yang dikatakan oleh Nik Aziz selepas ini. Mungkin dia akan spin pula habis habisan. Tambahan pula matawang tersebut dikeluarkan oleh Kelantan Golden Trade Sdn Bhd dan dimiliki sepenuhnya oleh perbadanan Menteri Besar Kelantan (klik sini).
Uikss mungkin ada unsur unsur kroni yang membuatkan Nik Aziz bertegas mahu menggunakannya. Siapa tahu.......
No comments:
Post a Comment