Tuesday, August 17, 2010

Padah Berkahwin Penagih Dadah

KUALA TERENGGANU: “Saya tidak akan maafkan perbuatannya sampai bila-bila. Apa yang dilakukannya kepada saya dan anak terlalu kejam. Malah, Nurul Dahyatul Fazlinda, 8, juga memberitahu dia tidak sayangkan ayahnya lagi,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, yang menjadi mangsa simbahan asid oleh suaminya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, awal pagi kelmarin.



Che Ku Zaimah yang menangis melihat keadaan anak keduanya, Nurul Dahyatul Fazlinda yang cedera terukterkena simbahan asid, kini sudah boleh bercakap, tetapi keadaannya masih serius dengan muka membengkak dan tidak berupaya bercakap dengan baik.

“Saya mengetahui suami menagih dadah sebelum mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu. Sebenarnya, Nurul Dahyatul Fazlinda sangat rapat dengan ayahnya sejak kecil, tetapi hubungan itu renggang sejak suami tidak bekerja.

“Kejadian ini menambah kekuatan saya untuk meneruskan perceraian kami. Saya tidak boleh menerimanya lagi kerana tragedi ini paling memilukan, apatah lagi ia turut menyebabkan anak saya gelap masa depan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang meluangkan bersama isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud menziarah mangsa di Wad Rawatan Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam menangis melihat keadaan mangsa.

Pada pendekar, suspek ini patut dihukum sula. Cukup jahat dan zalim perbuatannya. Tergamak mahu membunuh isteri dan anak sendiri semata mata kerana duit. Inilah risiko jika berkahwin dengan penagih dadah.

Sepatutnya penagih dadah diasingkan kesebuah pulau supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai. Dan bagi pengedar dadah pula, mereka seharusnya dibunuh tanpa mengira berapa berat dadah yang ada padanya. Janji ada dadah, terus bunuh. Jangan dibiarkan pengedar ini hidup lama.

No comments: