Monday, August 16, 2010

Disaat MCA Menyentuh Hak Melayu, Dimana KJ?

Dahulu Pemuda UMNO adalah diibaratkan pendekar muda. Pendekar yang sentiasa melindungi anak bangsa, agama dan negara. Sehingga musuh politikpun berasa gentar dengannya. Tetapi itu, dizaman anak muda bersemangat waja dan ikhlas berjuang.

Sekarang Pemuda UMNO sudah bertukar menjadi pondan. Barangkali kerana kelemahan menteri amaran dulu. Ataupun kerana badi akibat terlepasnya Anuar dari kurungan disebabkan kebaikan hati PakLah.



Kini Pemuda UMNO terus merosot dan lemah. Mewarisi kelemahan menteri amaran, dan kini dibawah pimpinan pemimpin rakus, Pemuda UMNO terus menjadi mangsa. Alangkah malangnya para pemuda dipondankan dengan wang ringgit dan juga kroni.

Sehinggakan tidak mampu bersuara terhadap bangsa asing yang begitu lantang mempersoalkan hak kaum bumiputera. Tetapi bertambah malangnya pemimpin pondan pondan ini berani pula menghentam kerajaan sedangkan dia sepatutnya mempertahankan kepimpinan kerajaan sekarang.

Malah mengakui secara terang terangan bahawa dahulu dia adalah anti kerajaan! Mungkin sebab ayah mertua sudah menjadi PM, maka fahaman anti-kerajaan ditukar kepada sokong-kerajaan. Sebab apa? Sebab mahukan kuasa. Semua ini orang boleh nampak.

Memang patut dia kena sembur dengan parpukari selalu. (klik sini)

No comments: