Wednesday, July 7, 2010

Siapa Salah ?

Merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh The Unspinners, klik sini yang mendakwa bahawa Dato Syed Zainal Abidin yang dikatakan pro kepada pembangkang, maka saya terpanggil untuk memberikan penjelasan mengenai isu ini setelah saya dan beberapa sahabat bloggers secara peribadi berpeluang bertemu dengan beliau sendiri.

Beliau yang juga Pengerusi Masjid Al-Falah Subang telah menjelaskan bahawa memang ada belaiu hadiri program di masjid tersebut tetapi bukanlah dengan ahli politik DAP dan PAS mahupun UMNO.

Beliau juga telah mengatakan bahawa program masjid adalah program agama dan ianya tidak melibatkan apa-apa program politik dan beliau juga tidak pernah menjemput mana-mana pemceramah PAS, sekiranya ada penceramah yang datang ke dalam majlis yang dianjurkan oleh masjid dan menyentuh soal politik maka penceramah tersebut tidak akan dipanggil lagi.

Menegenai pertuduhan yang mengatakan bahawa Haji Raily dipecat dari menjadi CEO anak syarikat Proton iaitu Proton Parts adalah tidak benar sama sekali kerana, Dato Syed Zainal baru saja menyambung kontrak Haji Raily untuk tempoh 1+1, bermakna untuk tempoh dua tahun akan datang.

Jadi tidak timbul persoalan mengatakan bahawa Hj Raily yang juga merupakan ahli UMNO akan ditukar kepada seorang lagi calon dari kalangan ahli PAS! Dalam pertemuan ini juga kami melihat Dato Syed seorang yang cukup 'humble' dan seorang yang amat 'cool' orangnya dan menurut beliau, dia tidak terlibat langsung dalam mana-mana parti politik.

Cuma beliau berkata "Ini bukan kali pertama dia dituduh sebegini, perkara ini akan berlaku setiap kali tibanya tempoh kontrak beliau sebagai peneraju utama Proton hampir tamat" Menurut beliau lagi dia sudah biasa pertuduhan sebegini dan beliau tidak hairan ada pihak-pihak yang dengan sengaja mahu memburukkan nama beliau supaya kontraknya bersama Proton tidak diperbaharui.



Pendekar : Pada pendekar, ada baiknya kita siasat dahulu kebenarannya. Jangan terlalu mudah mempercayai cerita cerita orang terutama yang datang dari email. Bukan maksud pendekar bahawa Unspinners itu penipu atau berniat jahat.


Pendekar tahu niat Unspinners adalah baik tetapi tidak salah untuk kita selidik dan siasat sebelum didedahkan kepada umum. Nasihat untuk semua blogger, berhati hatilah didalam menyampaikan berita terutama melibatkan info dari pihak ketiga.


Malah sekarang sudah ramai ahli PAS yang menyamar UMNO dan mahu menghancurkan UMNO dari dalam.

Dan syabas untuk Unspinners kerana berani memohon maaf diatas kesilapan informasi tempohhari.

No comments: