Sejak rombakan kabinet tempoh hari, terdapat beberapa buah blog yang menyuarakan ketidakpuasan hati. Selain blog yang mendedahkan tidak senang dengan pemilihan kaum ultra kiasu, ada juga yang mahukan KJ dilantik.
Memang tidak dinafikan, KJ adalah kes pertama Ketua Pemuda UMNO tidak mendapat apa apa jawatan didalam kabinet. Antara alasan yang digunakan, KJ perlu dilantik untuk menarik golongan muda menyertai Pemuda UMNO.
Adakah untuk menarik golongan muda, maka KJ perlu diberi jawatan? Adakah golongan muda perlu melihat jawatan KJ sebelum memutuskan untuk menyertai UMNO?
Secara jujur, pada pandangan Pendekar, tidak perlu jawatanpun, KJ sepatutnya sudah mampu menarik golongan muda masuk UMNO. Pemuda UMNO perlu bersuara lantang dalam menyuarakan hal ehwal semasa, perlu bekerja secara jujur didalam berkempen, bukannya mengharapkan duit upah.
Pemuda UMNO perlu mengadakan lebih banyak program bersama rakyat. Pemimpin cawangan perlu turun padang dekati golongan muda, bukannya berhabiskan duit untuk isi perut sendiri. Ini apabila UMNO dihentak dan dikritik oleh pembangkang, Pemuda UMNO seolah olah kecut telur.
Langsung tidak bersuara membela UMNO dan DS Najib apabila mereka dihina dan dicerca. Pemuda UMNO sepatutnya menjadi pelindung pertama kepada UMNO. Ini hanya mengharapkan para blogger untuk menepis segala tohmahan.
Kalau begitu, lebih baik lantik blogger menjadi Ketua Pemuda UMNO daripada KJ yang hanya mendiamkan diri. Tolonglah bertindak agresif sedikit. Jangan hanya berbunyi apabila mendapat keuntungan sahaja.
Terbaru KJ mengatakan sanggup menyertai misi bantuan sekiranya Malaysia menghantar lagi kapal bantuan kemanusian ke Gaza. Bagus kali ini Pendekar hendak melihat keberanian dan kesungguhan KJ. Lakukan ia dengan ikhlas. Bukan setakat mengharap apa apa jawatan didalam kabinet.
KJ masih mempunyai peluang dimasa hadapan. Dia masih muda. Jangan terburu buru mengikut nafsu mengejar jawatan. Akhirnya tersungkur seperti Anuar Ibrahim kelak. Jadikan kes Anuar sebagai pedoman.
No comments:
Post a Comment