Wednesday, May 12, 2010

Pil Mampu Menghidupkan Orang Mati

KUALA LUMPUR: “Orang sudah mahu mati pun boleh ‘hidup’ balik kalau telan satu pil naik nafsu ni,” kata seorang ‘doktor’ ubat-ubatan rangsangan seks haram sambil menunjukkan pelbagai kotak kecil mengandungi kapsul biru dan coklat yang dipamerkan di atas meja.



Lelaki berusia lewat 50-an terbabit berkata, pil rangsangan seks dijual dengan harga RM10 sebiji itu mempunyai ‘kuasa’ ajaib untuk mengembalikan kejantanan lelaki yang menghadapi masalah syahwat.

Namun, di sebalik kehebatan pil terbabit yang disogokkan kepada orang ramai itu, tersembunyi bahaya menanti apabila kebanyakan daripadanya mengandungi kimia berbahaya antaranya Sildenafil Nitrat, Taladafil selain campuran bahan asing.



“Barang ini baru sampai dari Amerika...lagi ‘power’ dari viagra dan tak mahal. Satu kotak cuma RM20 dan boleh tahan sampai sebulan,” katanya. Ditanya sama ada produk terbabit selamat untuk digunakan, lelaki Aceh itu memberi jaminan produk terbabit selamat dimakan warga emas atau remaja.

“Jangan bimbang, ubat ni dibuat dari bahan tumbuh-tumbuhan...tak ada bahan kimia. Setakat ni belum ada yang mengadu mati selepas makan pil berkenaan. Jika abang ragu-ragu, abang cuba dulu pil dos rendah,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Fuyooo memang power gila pil tu. Orang dah hampir matipun boleh hidup semula hahahaha. Cukup memalukan apabila golongan tua pun terhegeh hegeh mahukan anu mereka tegak terpacak. Tapi mereka lupa silap haribulan, merekapun boleh mati terpacak. Bagaimana rasanya menanggung aib apabila nyawa dijemput oleh malaikat maut takkala tegak terpacak begitu.

"Setakat ini belum ada yang mengadu mati selepas makan pil berkenaan". Memanglah tak ada yang mengadu sebab mereka dah mati. Macam mana nak mengadu lagi bila dah mati hahahaha.

Siapa yang berani mahu mencuba, dipersilakan. Tetapi risikonya tanggunglah sendiri. Sebab sudah nyata pil ini semuanya beracun. Salah makan memang sah anda akan mati terpacak. Time tu pil tu dah tak mampu hidupkan anda kembali.

No comments: