PULAU PINANG 21 Dis. - Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim melenting apabila didakwa tidak mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negeri ini.
Kejadian itu berlaku semasa pertemuan di antara Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dengan Abdul Malik di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), baru-baru ini.
Yang Dipertua PKIM, Aminah Abdullah berkata, Exco tersebut ternyata tidak senang dengan soalan-soalan yang dibangkitkan olehnya mengenai perkara itu termasuk isu tanah kubur.
Menurutnya, Abdul Malik hanya menjawab isu tanah kubur di Jelutong sedang dalam perancangan tetapi tidak disusuli dengan bukti seperti dokumen.
"Oleh kerana tidak mendapat jawapan memuaskan, maka saya tanya kenapa dia (Abdul Malik) dan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman sebagai orang Melayu tidak turun padang melihat masalah mereka.
"Tetapi dia 'melompat' dan menjawab banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan olehnya dan Mansor, bukan setakat isu tanah kubur atau orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas pengalaman yang dilalui oleh ahli Forum Penyelarasan Umat (Forum) setiap kali mahu berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menyelesaikan isu tanah Lot 21 dan 22 di Jelutong di sini yang mahu dijadikan kawasan perkuburan Islam.
Semalam, mereka sekali lagi hampa dan kecewa apabila Guan Eng masih enggan bertemu dengan mereka.
Kumpulan seramai 15 orang terdiri daripada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Islamic Propogation Society International (IPSI) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) menunggu sejam di tingkat tiga Komtar yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.
Seperti yang dilalui sebelum ini, perjumpaan kali ketiga yang dirancang itu juga gagal dengan pelbagai alasan diberikan oleh Pejabat Ketua Menteri.
Sumber: Utusan Malaysia
Inilah jadinya apabila orang kafir memerintah. Orang islam akan dianiaya. Pendekar pasti lot tanah kubur itu sudah pasti akan dirampas oleh Lim Guan Eng!
Sedangkan tanah kampungpun dirampasnya, inikan pula tanah yang diwakafkan untuk kubur. Dan soal Malik ini, mungkin dia lebih suka mayatnya dibakar ataupun ditanam di jirat cina. Sebab itulah dia tak kisah langsung soal kubur orang islam ni.
No comments:
Post a Comment