Semalam Pengerusi dan timbalan pengerusi UMNO disetiap negeri telah diumumkan. Ada yang ditukar dan ada juga yang tidak. Malah jawatan di negeri Kedah, Pulau Pianang dan Terengganu sudah diserahkan semula kepada anak jati negeri terbabit.
Apabila DS Najib membuat penukaran ini, ini memberi isyarat PRU juga semakin hampir. Kata kata atas angin yang mengatakan PRU akan diadakan tahun hadapan juga mungkin adalah benar. Cuma belum dipastikan bila. Mungkin hujung tahun, mungkin pertengahan tahun.
Walaupun DS Najib sudah membuat perubahan, tetapi keadaan dalaman UMNO terutama dinegeri Kedah, Terengganu dan Perlis masih belum diselesaikan sepenuhnya. Masih ada pihak yang tidak berpuas hati. Mereka inilah yang membuatkan UMNO lemah dari dalam.
Di Pahang juga tak kurang masalahnya. Perselisihan faham dikalangan ahli UMNO terutama melibatkan siapa yang layak menjadi ketua sering diperkatakan. Ada juga yang tidak berpuas hati dengan mana mana Adun kerana hanya mementingkan kroni sendiri.
Jika keadaan ini berterusan, adakah UMNO mampu mempertahankan kerusi di PRU akan datang? Ataupun itulah PRU terakhir buat UMNO sebelum ianya dikebumikan?
Jika tidak mahu UMNO dikebumikan, semua pihak haruslah berubah. Jangan hanya orang bawah diarah berubah sedangkan ketua diatas masih berperangai jahiliyah. Semua pihak harus bekerjasama dan jangan main tikam belakang apatahlagi main lubang belakang.
Jadikanlah pengumuman penukaran barisan kepimpinan UMNO negeri sebagai ini sebagai langkah pemulaan untuk memastikan UMNO terus menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.
No comments:
Post a Comment