MARAN 8 Nov. - Bandar Jengka, Bandar Muadzam Shah, Tajau dan Pekan Kampung Awah merupakan empat bandar yang pernah dirancang untuk dijadikan pusat pertumbuhan baru ketika kewujudan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, sejak kedua-dua agensi pembangunan itu dibubarkan pada Oktober 1997, empat bandar terbabit semakin terpinggir daripada arus pembangunan.
Ketiadaan DARA dan LKWJ menyebabkan wilayah itu agak jauh ketinggalan dari segi pembangunan ekonomi berbanding kawasan lain di sini.
Mungkin ada sinar dalam perancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terhadap empat bandar berkenaan.
Namun, ramai berpendapat kewujudan ECER tidak mampu memberi sepenuh perhatian kepada empat kawasan terbabit memandangkan koridor tersebut terlalu luas melangkaui hingga ke wilayah Pahang timur.
Apakah kesan ketara yang dialami empat kawasan pembangunan itu selepas DARA dan LKWJ dibubar?
Bagi yang pernah berkunjung ke kawasan terbabit, banyak projek pembangunan dilihat terbantut begitu sahaja kerana tidak ada pihak yang bertanggungjawab penuh untuk membangunkannya berbanding ketika kewujudan dua agensi berkenaan.
Pembangunan bandar-bandarnya agak perlahan dan statik, tidak sebagaimana yang pernah dirancang di bawah DARA dan LKWJ.
Menurut Pemangku Ketua Pemuda UMNO Maran, Khairul Amin Osman , Pahang kehilangan peruntukan berbilion ringgit apabila DARA dan LKWJ dibubarkan.
Kata beliau, ia tidak termasuk satu lagi agensi yang turut dikuburkan iaitu Program Pertanian Bersepadu Pahang Barat (IADP).
LKWJ dan DARA, katanya, merupakan agensi persekutuan yang bertanggungjawab membangun serta memajukan kawasan di Wilayah Jengka dan Pahang Tenggara.
"Sebelum dibubarkan kedua-dua agensi ini, ia berada di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di Kelantan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda),'' katanya.
Sehubungan itu, tegas Khairul Amin, kerajaan perlu turun padang melihat perkembangan bandar dan pekan yang dirancang DARA dan LKWJ itu.
Beliau berkata, bandar-bandar seperti Muadzam Shah, Bandar Tun Razak Keratong, Kota Perdana dan Perwira Jaya perlu dijenamakan semula menerusi pembangunan yang lebih rancak.
Bandar-bandar lain yang turut mengalami nasib sama, jelasnya, ialah Kota Bahagia, Kota Indera Syahbandar, Cenderawasih, Melati, Perantau Damai, Pekoti Timur, Paloh Hinai, Bukit Ibam, Bandar Jengka, Pekan Awah, Pekan Tajau dan Ibol Tunggal.
"Bandar-bandar ini umpama ketinggalan 'kereta api' dari aspek pembangunan," katanya.
Sambil melemparkan persoalan serupa, Naib Ketua Puteri UMNO Kuala Krau, Rohaiza Hashim berkata, selepas 13 tahun LKWJ dan DARA dibubarkan, pembangunan di bandar itu seolah-olah dilupakan.
"Sebagai contoh lihat sahaja Pekan Awah dan Pekan Tajau yang tidak berkembang sedangkan kedudukannya sangat strategik.
"Pekan ini sangat berpotensi dimajukan dengan pesat jika diberi perhatian sewajarnya," katanya.
Seorang usahawan, Ismail Mat Resat berkata, kesan negatif lain dapat dilihat adalah kawasan perindustrian beratus hektar yang diwartakan oleh agensi berkaitan terbiar tanpa ada pelabur baru.
"Malah, ada yang dijadikan tempat pembuangan sampah haram," katanya.
Meskipun kerajaan menyediakan peruntukan khas pembangunan yang disalurkan melalui pejabat daerah, ujarnya, hakikatnya ia masih tidak mampu meneruskan fungsi kedua-kedua agensi ini.
Seorang bekas pekerja LKWJ, Jarihat Jalil berkata, Pahang kehilangan dua agensi pusat yang banyak membantu kemajuan terutama dalam program pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi.
Katanya, walaupun ada jaminan Kerajaan Pusat untuk menyalurkan semula peruntukan tahunan dan penyelenggaraan pembangunan kepada kawasan terbabit menerusi Majlis Daerah Maran dan Majlis Daerah Rompin, namun ia tidak mampu mengambil alih peranan yang dimainkan LKWJ dan DARA.
Seorang penduduk, Zubir Ahmad, 38, dari Felda Keratong 10, Rompin berkata, kedua-kedua kawasan DARA dan LKWJ sangat luas yang meliputi ratusan hektar.
DARA dan LKWJ jelasnya, banyak membantu mengimbangi pembangunan di setiap daerah dan kampung di kawasan pentadbirannya.
Seorang lagi penduduk, Mohd. Rozi Mokhtar berkata, strategi pembangunan di bekas kawasan LKWJ dan DARA perlu dilaksanakan secara lebih berfokus supaya matlamat untuk menjadikan Bandar Jengka sebagai 'Bandar Bumiputera' berjaya.
Pada masa sama, katanya, kerajaan tidak seharusnya melupakan pembangunan Bandar Muadzam Shah yang menjadi bandar transit antara Kuantan dan Segamat.
Masih banyak lagi tempat tempat di pahang yang terabai. Pendekar harapkan kerajaan negeri segeralah memajukan bandar bandar ini. Sayang sekiranya potensi sebenar tempat itu tidak digunakan sebaik mungkin.
Mungkin MB kita patut mempunyai pemikiran yang kreatif dan maju kehadapan. Melaka sudahpun mencapai negeri maju. Pahang bila lagi.
2 comments:
Salam bro.artikel yg sgt baik penoh dgn isi yg tepat dan padat.kwn setuju sgt ngan aok tentang isu LKWJ dan DARA tu patut kerajaan pusat mengkaji semula utk kesinambungan projek2 yg telah dilahirkan olih badan2 tersebut mcm bandar2 hak aok sebut tu.kerajaan negeri kita faham tak terduitkan bukan sikit belanjanya.satu lg bro tentang kws industri yg terbiar atau dgn ckp kasarnya taklaku.kawan cemburu amat bila nengok kws industri lembah kelang,prai,sg petani,kulim hitech,dan byk lglah misalnya di Johor,N Sembilan,Melaka.klu dulu mungkin pelabur xnak datang bab lubuhraya pantai timor xsiap lg.xp sekarang jalan dah ok sampai ke pelabuhan.xp bro kwn ada dengar market talk salah satu sebab industri lot kita xlaku kerana faktor pelabuhan.kwn pun xbape faham xp klu xsilap diaorg ada sebut port kuantan kita tu cetek atau org temeloh ckp toha.dr segi geologinya memang kuantan port tu shallow draf bape meter kwn xpasti xmacam kemaman port.kat ctu 15 meter.bukan benda bro bila toha ni kapal besar xdapat masok.satu lg bro nak tarik pelabor ni kena byk insentif maklomlah bukan kita jer hak nak ke pelabor ni org lain pun nak gak.jadi kita kenalah ofer insentif lebih ckit.mcm kat perak kwn dengar state gorment dia ofer insentif transpot pekerja kilang dari penempatan ke tempat kerja.mcm kita kat Pahang mungkin kita stok buruh masih byk lg xpayah nak arap ke met2 indon.yg pentingnya kita kabor ke pelabor workers u dont have worry kome byk.bukan benda bro bla pelabor datang buka kilang kat tempat kita impak dr segi dollar and centnya sgt tinggi bab semua industri kos buruhnya blh mencapai 30% dr gross income.akhir x bro satu artikel yg baik syabas.
betul tu. banyak benda perlu dilakukan dan semuanya perlu bermula sekarang. jangan ditangguh tangguh lagi.
kalau kuantan drasakan jauh dari kl untuk dijadikan kawasan perindustrian, kenapa tak bangunkan Bentong. Bentong hanya sejam perjalanan ke KL.
Kuantan itupun perlu dinaik taraf. Sudah bertahun tahun baru sekarang ni dengar hentian bas Kuantan nak dinaiktarafkan. Sepatutnya benda ini dah lama dilakukan.
Post a Comment