Namun Awang terpanggil menjawab tindakan terbaru Nazri yang lantang mempersoalkan Utusan berhubung isu Perkasa.
Seperti biasa, melalui portal berita pro-pembangkang, Malaysian Insider, Nazri sampai ke tahap menuduh Utusan mempunyai agenda untuk membawa balik Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
‘‘Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka - Najib atau Dr. Mahathir?,’’ kata beliau dalam laporan bertajuk Nazri persoal agenda Utusan perlekeh dasar Najib.
Awang hanya senyum sambil geleng kepala. Tafsiran Nazri begitu liar dan hairan mengapa seorang menteri boleh berfikir sebegitu.
Untuk pengetahuan Nazri, ingin ditegaskan bahawa Awang dan Utusan adalah penyokong Perdana Menteri. Jika hilang jawatan di Utusan sekalipun, Awang tetap akan menyokong Najib. Tiada keraguan.
Maka tidak timbul sama sekali kononnya ada agenda untuk menjadikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Budak sekolah pun tahu hakikat itu.
Baca Selanjutnya di Utusan Malaysia klik sini
Kecewanya hati pendekar apabila ada menteri melayu bersikap kurang ajar dan begitu biadap terhadap akhbar orang melayu iaitu Utusan Malaysia. Malah tertambah celakanya apabila dia menghina Tun Mahathir!
Siapa sebenarnya Nazri ini sehingga biadap sebegini? Apakah jasanya kepada negara atau khususnya kepada orang melayu? Adakah Nazri ini sudah banyak berkorban harta, tenaga hatta sanggup mengorbankan nyawa untuk orang melayu?
Rupanya masih ramai yang bodoh banggang walaupun sudah berjawatan tinggi. Pendekarpun malas nak sebut banyak pasal dia ni. Kalau rajin, try google gambar "anak nazri aziz". Pasti keluar bermacam gambar gambar yang....Jadi sendiri mahu ingatlah wahai Nazri. Jangan terlalu celupar dan biadap! Kelak akan memakan diri sendiri.
2 comments:
minta linkan http://melayurayadaily.blogspot.com
terima kasih.
Nazri ni ada bongkak juga.
Post a Comment