Tuesday, September 14, 2010

MCA Takut Melayu Bersatu !

KENAPA MCA takut sangat orang UMNO (Melayu) bekerjasama atau bersimpati dengan perjuangan PERKASA? Kalau DAP yang terang-terangan anti-Melayu mendapat sokongan padu kaum imigran Cina kerana kecinaannya, kenapa PERKASA yang berjuang untuk pribumi Melayu tak boleh? Apa peranan MCA dalam BN? Memastikan kaum Cina menyokong BN atau memastikan supaya orang Melayu membenci UMNO? Biar parti tertua orang Melayu itu lumpuh? Inikah peranan MCA selepas PRU-12? Tidakkah ini membuktikan bahawa parti utama komponen BN itu menjadi ‘duri dalam daging’ kepada BN?

Demikian pertanyaan politik yang terlintas difikiran penulis apabila membaca berita mengenai kenyataan Setiausaha Agung MCA, Kong Cho Ha yang menyesali pandangan mahukan UMNO mendampingai PERKASA. Alasan lapuk yang diberikan ialah ‘UMNO akan hilang sokongan daripada masyarakat pelbagai kaum di negara ini jika parti itu terus menjalinkan hubungan erat dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Tidak syak lagi, kenyataan itu dibuat sebagai susulan kepada kenyataan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dalam wawancara dengan CNBC Asia yang menyebut: “Mereka tidak menentang kami. Mereka lebih berbicara mengenai hak Bumiputra. Sebenarnya, kami tidak menarik balik sebarang hak daripada Bumiputra tetapi kami memperkatakan biar kita lakukan dengan cara berbeza. Biar kita dapat hasil yang lebih baik. Biar kita capai sebuah masyarakat yang lebih saksama. Tetapi pada masa sama, berlaku adil kepada penduduk bukan Bumiputra. Kerana kami mahu membina 1Malaysia.”

Agaknya, tak ‘tidur malam’ para pemimpin MCA mendengarkan kenyataan PM itu. Lebih-lebih lagi apabila mereka memikirkan maksud politik disebalik kata-kata, .... biar kita lakukan dengan cara berbeza. Biar kita dapat hasil yang lebih baik.

Dan kenyataan negarawan Tun Dr. Mahathir yang mengingatkan UMNO supaya jangan bermusuh dengan NGO seperti PERKASA menjadikan mereka ‘tak senang duduk’. Gelisah, miang dan gatal seluruh badan. Tak tahulah berapa banyak rambut mereka yang gugur kerana terlalu kerap menggaru kepala kerana kenyataan Tun itu.

Kenyataan Kong itu tentulah mewakili pandangan MCA kerana beliau adalah Setiausaha Agung parti berkenaan. Jangan selepas ini buat perangai macam Nik Aziz pulak. Bila ditekan dan dikritik, maka pemimpin yang lebih atas buat kenyataan bahawa ‘itu hanyalah pendapat peribadi’, bukan pendapat parti.

Kalau MCA berasa susah sangat untuk meraih kembali sokongan kaum imigran Cina kepada parti itu, eloklah duduk diam-diam dan secara perlahan-lahan biarkan MCA berkubur. Tak ada gunanya berada dalam BN kalau hanya bermaksud ‘mengambil kesempatan’. Menempel atas nama kaum Cina tetapi, sokongan kaum Cina untuk BN gagal diperolehi.

Tugas dan peranan sebanar sebagai sekutu utama tidak dilakukan tetapi, siang malam asyik mencari salah UMNO – salah orang lain. Salah sendiri tak namapk atau segaja buat-buat tak nampak?

Pada PRU akan datang, janganlah pemimpin MCA berharap orang Melayu akan menyokong mereka yang bertanding atas tiket BN di kawasan bermajoritikan kaum Melayu. Itu dulu. Dulu boleh le, kerana orang Melayu terlalu bertolak ansur. Tapi kini, khasnya selepas PRU-12 dan setelah melihat apa yang dilakukan kaum imigran Cina DAP terhadap Melayu Pulau Pinang, sikap orang Melayu telah berubah.

Jangan ingat orang Melayu selama-lamanya bodoh dan bebal. Mungkin ada yang bersikap begitu, tapi bukan orang Melayu UMNO sekarang ini. Melayu UMNO selepas PRU-12 boleh berfikir dan mula timbul kesedarannya.

Jangan ingat MCA boleh perkudakan UMNO sebagaimana DAP ‘menonggang belakang’ pemimpin PKR dan PAS – Anwar Ibrahim dan Nik Aziz. Mereka lain. Matlamat mereka tak sama seperti Melayu prihatin yang terdapat dalam UMNO yang menyetujui perjuangan PERKASA.

Melayu UMNO yang menyokong NGO itu tahu apa nak buat. Mereka bukan menyokong membabi-buta pemimpinya – Ibrahim Ali. Mereka menyokong apa yang diperjuangkan. Kalau MCA merasakan orang Melayu menyokong PERKASA kerana Ibrahim Ali, simpanlah kesilapan itu dan letakkan di bawah bantal untuk modal bermimpi.

Ibrahim Ali disokong kerana keberaniannya menyuarakan ‘isi hati’ dan ‘pandangan’ orang Melayu selepas PRU-12. PERKASA ditubuh selepas PRU-12, bukan sebelumnya. Kalau MCA beranggapan Ketua Pemuda UMNO sekarang bercanggah dengan Ibrahim, itu bukannya kerana perjuangan PERKARA tetapi, kerana Ibrahim Ali berani mendedahkan penyelewengan pentadbiran dan politik bapa mertuanya yang hampir melingkupkan negara dan nasib masa depan orang Melayu kerana tidak bijak menilai nasihat daripada menantu yang pandai tetapi tidak cukup cerdik.

MCA tidak sepatutnya melihat bahawa PERKASA membakar semangat orang Melayu dengan semangat jati diri yang berlandaskan Perlembagaan Negara. PERKASA bukan membakar semangat perkauman tetapi, menyedarkan orang Melayu yang hilang arah kerana berebut kuasa gara-gara bekas pemimpin UMNO yang banyak masalah serta sanggup menggadaikan maruah negara, bangsa dan agamanya.

Kalau kaum imigran Cina kini begitu teguh kesatuannya menyokong DAP, apakah salah sebuah NGO Melayu bersuara menyeru kaumnya bersatu padu menentang agenda DAP yang jelas mahu menghapuskan ‘ketuanan Melayu’ di tanah tumpah darahnya? Tidak wajarkah kaum pribumi bangkit mempertahankan haknya setelah menyedari bahawa orang Melayu semakin hilang kuasa?

MCA seharusnya sedar bahawa kaum Cina tidak lagi mahu menyokong parti itu adalah disebabkan krisis dalaman parti itu sendiri. Bukan kerana orang Melayu semakin bersatu. UMNO tidak pernah mengurangkan sokongan kaum imigran Cina terhadap parti itu.

Yang merampas sokongan kaum Cina terhadap MCA ialah DAP. Dengan membakar semangat kaum Cina supaya membenci orang Melayu, DAP mendapat sokongan padu. Apa yang dilakukan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dari segi ‘menghambat hak orang Melayu’ ternyata sangat disokong dan disukai oleh kaum imigran Cina. Kerana mereka bersetuju sangat dengan DAP, maka tidak adalah lagi sokongan untuk MCA.

MCA jangan mencari salah orang lain atas kelemahan sendiri. Dan jangan sekali-kali menyalahkan orang Melayu apabila parti anda tidak lagi mendapat sokongan daripada kaum sendiri.

Kalau dah tak mampu sangat, angkat saja tangan tanda kalah sebagaimana Pengerusi Perhubungan Gerakan Pulau Pinang. Angkat bendera putih dan tunduk melutut kepada DAP.

Dipetik daripada Blog Satu Melayu

4 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, orang Melayu, waima kepimpinan Melayu tidak kira ideologi apa sekali pun jangan mudah terpengaruh dengan mereka yang mahukan Perkasa dijauhi.... apa bezanya dengan shukui, Hindraf dan lain-lain persatuan etnik Cina yang berlambak kat Malaysia.... itu pun nasib baik parti komunis diharamkan, kalau tidak mereka akan bersekutu dengan komunis....

Pendekar Melayu said...

betul tu saudara. lagipun hanya melayu pengkhianat sahaja yang mahu perkasa diharamkan.

siapa melayu tu? tak payah pergi jauh. dalam umno tu ada.

Unit Media Baru said...

Bila orang Melayu nak bersatu banyak pulak alasan mereka.
Yang mereka selalu buat dalam Dewan Perniagaan Cina tu, tak pernah pulak orang pertikaikan?
Bila UMNO nak bersatu dengan PAS, PAS tolak diorang tak kata apa pun. Kenapa dengan PERKASA diorang nak takut? Perkasa tu Pertubuhan bukan Politik. Bukan Macam PAS.

Unit Media Baru said...

Bro, masukkan email umbpahang@gmail.com dalam senarai 10 penerima email. Senang nak link nanti. Kalau ada yang nak diterbit nanti, kami bagitau dulu.
Terima kasih.