Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Nawemee berani bertindak sedemikian kerana orang Melayu terlalu bertolak ansur walaupun mereka dihina berkali-kali.
Pada masa yang sama, beliau menolak sama sekali dakwaan pihak tertentu bahawa isu tersebut sengaja dipolitikkan oleh UMNO untuk meraih sokongan atau orang Melayu terlalu sensitif apabila diusik dengan kenyataan yang keras.
"Sebenarnya orang Melayu terlalu bertolak ansur dan bila penghinaan itu terlalu jelas dan nyata sudah tiba masanya mereka yang buat begitu dikenakan tindakan tegas.
"Pemuda UMNO berharap polis tidak ambil masa yang terlalu lama untuk siasat perkara yang sensitif kerana ia boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Pada pendekar, Kj sudah terlewat mengulas isu ini. Sudah banyak blog yang menceritakan perkara ini dan rakyat sendiri mahu cina ini dibuang dari Malaysia. Sudah sudahlah KJ. Pergilah cari isu baru. Tu Indonesia terang terang serang kedutaan kita disana, apa tindakan KJ?
Serah memorandum ikut pagar. Siap posing posing ambik gambar lagi. Pemuda UMNO dah jadi Pondan UMNO.
No comments:
Post a Comment