Friday, August 20, 2010

UMNO Pahang Tahu ICT?

Kerajaan diminta mewujudkan lebih banyak pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kawasan luar bandar bagi membolehkan rakyat dan pelajar di negeri ini mendapat maklumat meluas mengenai perkembangan dunia luar.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kewujudan lebih banyak pusat ICT akan memudahkan rakyat dan pelajar mengakses maklumat dan pembelajaran dengan lebih cepat.



'Dalam zaman serba canggih ini, segala kerja dan maklumat perlu pantas dan tepat, jika tidak, kita akan tercicir daripada arus pembangunan," katanya selepas menyampaikan netbook 1Malaysia kepada 500 pelajar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau dekat sini, kelmarin.

Utusan Malaysia

Kerajaan diminta membina lebih banyak pusat ICT untuk rakyat tetapi adakah pemimpin sendiri tahu menggunakannya? Atau hanya tahu menggunakan facebook untuk bermain poker atau mengayat awek muda?

UMB Pahang sendiri macam hidup segan mati tak mahu. Ramai pemimpin pemimpin UMNO Pahang sendiri tak tahu apa itu blog dan langsung tak mahu mencuba. Banyak UMNO daerah di Pahang tiada laman web atau blog sendiri. Yang aktif sekarang ini cuma jerantut saja.

Sedangkan pembangkang giat menggunakan kemajuan teknologi untuk menghentam kerajaan dan menyebarkan fitnah.

Sepatutnya mereka ini harus mencermin muka sendiri sambil makan karipap dan bertanya kepada diri sendiri "
are you ok?" Dah tentu jawapannya "no!"

Sumber : Malaysia Heaven

No comments: