Hari ini pendekar nak sambung semula cerita mengenai blogger pro kerajaan. Tetapi kali ini ianya berkaitan dengan negeri pendekar sendiri iaitu Pahang Darul Makmur.
Sebelum sahabat pendekar, BH menceritakan tentang isu blogger curi peruntukkan, beliau sebenarnya ada bercerita mengenai kelesuan UMNO Pahang terutamanya pihak UMB. UMB Pahang adalah sama spesis dengan UMB Penang. Jenis spesis kuat tidow. (klik sini)
Dan setakat ini, pendekar hanya tahu daerah jerantut sahaja yang benar benar bangkit didalam dunia siber sedangkan daerah lain tidurrrrrr (klik sini).
Begitu juga dengan daerah pendekar sendiri. Tetapi nasib baik UMNO Bentong adalah juga blog sendiri walaupun jarang di update. Kalau update pun sekadar info info yang tersangat ringkas. (klik sini)
Tak apalah pendekar akan cuba bantu juga walaupun pendekar kekurangan sumber informasi. Sekurang kurangnya nampak juga wakil kan daripada tak ada langsung.
Berbalik pada isu ni, kali ini Pahang Daily iaitu portal pembangkang telah bersetuju dengan pandangan blogger pro kerajaan Pahang.(klik sini)
Dan juga terdapat desas desus bahawa MB Pahang iaitu Datuk Adnan tidak akan dikekalkan selepas pru nanti. Banyak rungutan diterima antaranya Pahang tiada kemajuan ekonomi serta keluhan rakyat tidak didengari oleh wakil masing masing.(klik sini) dan (disini)
Selepas ini segalanya terpulanglah pada UMNO Pahang. Sama ada hendak berubah atau tidak. Tetapi rasanya besar kemungkinan mereka tidak akan berubah. Disaat itu, jangan menanggis apabila kehilangan jawatan. Mungkin ini lebih baik supaya rakyat tidak teraniaya.
No comments:
Post a Comment