Selepas menghadapai masalah tekanan dari akhbar-akhbar dan organisasi Yahudi Binai Brith International, Anwar telah membuat lawatan ke New York dan Washington dari Jun 20hb ke 24hb bertemu dengan pelbagai pemimpin-pemimpin pro-Zionist.
Sesampainya ke Lapangan Terbang JFK di New York, pada Jun 20hb, Anwar telah mengaturkan beberapa mesyuarat. Esok 21hb petangnya pada pukul 3 petang, Anwar telah bertemu dengan Malcolm Hoenlein di sebuah pejabat di Third Avenue New York.
Hoenlein adalah Naib Pengerusi Eksekutif, Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations dan juga Pengarah Eksekutif kepada Jewish Community Relations Council of Greater New York,
Pada 22hb, Anwar bertemu Bret Stephens, Wall Steet Journal untuk makantengahhari ringan di pejabat mereka di simpangan antara Avenue of the Americas dan 47/48th Street.
Stephens adalah seorang pengarang berbangsa Yahudi yang bercondong pro-Israel yang menulis kolum berkenaan hubungan antarabangsa. Dia pernah menjadi Editor-in-Chief untuk The Jerusalem Post dari tahun 2002 ke 2004. Semasa itu, umurnya masih muda 28 tahun.
Pukul 3 tengahhari, Anwar pergi ke pejabat CNN di bangunan Time Warner di 58th Street.
Temujanji itu adalah untuk satu pemuramah dengan Farid Zakaria. Walaupun berasal dari keluarga Islam, farid berkahwin dengan wanita Yahudi dan h,a position he assumed at age 28 - the youngest person ever to hold that position.
Pukul 7 pm, Anwar sepatut menghadiri suatu majlis forum yang berjodol York Forum "In Pursuit of a New Economic Paradigm."
Keesokan hari pada June 23, Anwar ke kampung keduanya di Washington DC untuk bertemu Carl Gershman pada pukul 11 pagi.
Carl Gershman merupakan seorang tokoh Yahudi yang menjadi Presiden National Endowment for Democrasy (NED) sejak tahun 1984. NED merupakan sebuah organisasi yang dibiayai CIA sebagai badan yang kononnya mempromosi demokrasi.
Rangkaian sahabat Gershman kebanyakkanya adalah tokoh-tokoh Neo-Conservative seperti Richard Perle, Frank Gaffney, dan Elliott Abrams.
Semasa pentadbiran Presiden Bush, Gershman menyokong Doktrin Bush untuk membawa demokrasi di Timur Tengah khususnya menerapkan idea reformasi liberal, kebebasan dan membendung kebangkitan Islam yang dianggap berlawanan dengan prinsip demokrasi.
Temubual Anwar berikutnya adalah pada pukul 2 tengahhari dengan Howard Berman di Rayburn House Office Building. Dipercayai Anwar mengadap Berman untuk memohon maaf di atas ketelanjuran kata-katanya terhadap Zionist Israel.
Berman amat berpengaruh dalam dasar luar Amerika melalui Brooking Institute yang merupakan organisasi pro-Yahudi yang membantu Anwar untuk melobi dan mengangkat imejnya di luar negara.
Selain itu, Berman merupakan sahabat baik dan pelobi utama untuk Israel dalam pentadbiran Amerika Syarikat. Beliau berasal dari Israel dan berpaksi kepada Parti Likud Israel pimpinan Ariel Sharon.
Perjumpaan Anwar dengan Berman bukan saja mendekatkan beliau dengan kuasa-kuasa politik Amerika tetapi Israel. Berman sering dilihat berada di Majlis anjuran AIPAC (American Israel Public Affairs Committee), organisasi pelobi pro-Israel dan penyumbang dana kempen Amerika Syarikat.
Berikutnya pada pukul 3:30 petang, Anwar bertemu bekas Setuasaha Pertahanan Amerika berketurunan Yahudi, William Cohen di pejabat Daniel Piper.
Selain pro-Zionis, Cohen kini adalah 'Penasihat pentadbiran Obama.' Beliau merupakan salah seorang Godfather yang membina karier politik Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.
Selepas bertemu Cohen, Anwar berjumpa dengan Daniel Mariaschin pada pukul 4:30 pm. Mariaschin ada Executive Vice President, B'nai Birth International.
Organisasi Zionis ini pernah mengeluarkan kenyataan supaya Amerika memboikot anwar kerana kenyataan yang dianggap anti-semitik pada 25 Mei 2010. Ini pastinya pertemuan sembah memohon ampun.
Berikutnya pada 6:30 petang, Anwar bertemu dengan Dr Jamal Barzinji dan Yakub Mirza di Sterling Virginia.
Mereka ini adalah ahli Institute of International Islamic Thought (IIIT) yang merupakan depannya Institiiut Islam yang ditubuhkan oleh Prof Ismail Faruqi tetapi ditembusi dan dibiayai oleh CIA. IIIT merupakan pelobi untuk Anwar di Amerika.
Menurut kajian Steve Merley, dari Hudson Institute, tiga individu yang memainkan peranan penting menubuhkan MSA pada tahun 1963 adalah Dr Ahmad Totonji, Dr. Jamal al-Din Barzinji dan Dr. Hisham Yahya al-Talib.
Berikutnya pada waktu malam pada pukul 9, Anwar bertemu dengan pemimpin-pemimpin Islam di Washington.
Pada keesokkan hari, June 24, Anwar dijadual bertemu Fred Hiatt dari Washington Post pada pulul 11 pagi.
Hiatt adalah wartawan akhbar Washington Post yang dikuasai keluarga Yahudi Katherine Graham. HIatt pernah menjadi panel moderator dalam sebuah persidangan anjuran Foreign Policy Initiative, sebuah think tank Neo-Conservative.
Dia juga wartawan pro Zionist yang mencadang dan melobi untuk Amerika menyerang Iran.
Pukul 2 petang, Anwar berada di Wilson Center untuk satu perbincangan bertajuk Islam and Democracy in Southeast Asia. WIlson Center berada di Ronald Reagan Building and International Trade Center, Pennsylvania Ave. tidak jauh dari Rumah Putih.
Temujanji pukul 5:30 petang adalah dengan Kurt Campbell, Penolong Setiausaha Hubungan Asia Tenggara, Jabatan Negara Amerika untuk melobi.
Dalam Pakatan Rakyat membuat tuduhan pentadbiran najib sebagai pro Amerika, Anwar bertemu Campbell untuk meyampaikan mesej pada Obama bahawa beliau lebih pro Amerika.
Melalui laporan AFP, Anwar ada menyebut secara terang-terang bahawa Presiden Barak Obama perlu berhati-hati dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang beliau anggap buruk dalam segala serbi.
Campbell juga adalah ahli Council on Foreign Relations (CFR) yang mana Anwar terlibat semasa menadatangani Annapolis Summit untuk mengiktirafkan Israel.
Selain dari pertemuan-pertemuan yang disebut, Kazi Ahmad dipercayai pengatur jadual Anwar ada mengatur untuk bertemu dengan Chuck Allers, seorang pengkaji Phd dan media-media seperti Bloomberg, Fox News, dan Charlie Rose.
Anwar meninggalkan Washington pada pukul 9 malam menaiki Qatar Airways.
Sumber : AIDC
No comments:
Post a Comment