Monday, July 12, 2010

Samy Vellu Presiden Parti Politik Paling Lama Didunia!

KUALA LUMPUR 11 Julai - Para perwakilan MIC hari ini meminta Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu supaya memegang jawatan tertinggi parti itu untuk 100 tahun lagi.

M. Arjun dari Maran berkata, hanya Samy Vellu mempunyai kredibiliti tinggi bagi memimpin parti itu dengan baik demi kesejahteraan masyarakat India di negara ini.

"Beliau juga telah membuat banyak sumbangan kepada masyarakat India di negara ini. Jasa beliau boleh dikenang sehingga 500 tahun lagi," katanya.

Beliau membahaskan ucapan dasar Presiden MIC pada Perhimpunan Agung MIC Ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Dua bulan lalu, Samy Vellu mengumumkan pelan peletakan jawatannya yang mungkin berlangsung pada akhir tahun depan.

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan daripada ahli-ahli MIC dan pelbagai pihak.

Sementara itu, perwakilan dari Kepong, R.M. Krishnan berkata, Samy Vellu perlu meneruskan kepimpinannya untuk memenuhi harapan ahli-ahli MIC.

"Hanya perwakilan mempunyai kuasa memastikan presiden meletakkan jawatan, tiada sesiapa yang mempunyai kuasa menggesa presiden parti meletakkan jawatan," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Pendekar rasa, Samy Vellu layak masuk World Guinness Record sebagai Presiden Parti Politik paling lama didunia. Iyalah sampai kalau sudah 100 tahun, sudah boleh tahap dewa.

Haa elok lah tu. Semakin lama semakin hancur masa depan masyarakat india terutama dari golongan miskin dan berkasta rendah. Dan akhirnya parti MIC akan hilang dari persada politik tanahair.

2 comments:

one one no belen said...

hahah. apa yang mengundi masa pilihanraya nanti adalah perwakilan sahaja ke? kalai rakyat suka kenapa dia kalah? MIC pun dah macam UMNO jugak ngok.

pendekar said...

biasa ler