Sunday, June 13, 2010

Pesanan Untuk MB Negeri Sembilan

Tujuan menulis artikel ini dengan harapan agar dapat perhatian daripada kepimpinan atasan Kerajaan BN dan parti UMNO mengenai tingkah laku Menteri Besar Negeri Sembilan yang ada sekarang.

Sejak hilang majoriti 2/3 dalam PRU ke 12 tempoh hari, DS Mohammad kelihatannya takut sangat nak keluar daripada kawasan selamatnya - Parlimen Rembau dan DUN Rantau. Orang di Negeri Sembilan boleh tengok, adalah sekali imbas kelibat DS Mohamad kelihatan di kawasan luar daripada kawasan Parlimen Rembau dan Seremban (itupun dikawasan bandar saja). Oleh itu banyak permasalahan rakyat dikawasan luar Parlimen Rembau yang tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada yang bergelar Menteri Besar.

DS Mohammad walaupun berstatus sebagai ketua kerajaan Negeri Sembilan, beliau lebih banyak dilihat merendahkan statusnya dengan menjadi 'pengiring' kepada MP Rembau, Khairy Jamaludin setiap kali KJ turun ke kawasan untuk menghadiri aktiviti masyarakat seperti kenduri kahwin, kebanyakkannya kenduri kawin la. Kita tak nampak pulak kehadiran DS Mohammad bila Datuk Lilah (MP Jempol) dan DS Rais Yatim (MP Jelebu) turun kawasan menghadiri program rakyat. Tertanya-tanya juga tu.

Bukan rahsia lagi DS Mohammad memberi lebih prioriti kepada kawasan Sendayan yang dicanang menjadi mercu tanda kejayaannya menyelesaikan 'masalah Negeri Sembilan' peninggalan TS Isa. Sehinggakan, perasmian balai raya dan mesyuarat penduduk di Felda Sendayan dan Bandar Sri Sendayan pun akan dirasmikan oleh Menteri Besar, macam takde kerja lain. Malah program Hari Bumi Sedunia peringkat Negeri pun diadakan di Sendayan juga. Di kawasan lain pun banyak juga aktiviti masyarakat yang dijalankan tapi tidak pula mendapat perhatian Menteri Besar, kenapa ya? Sendayan hanya satu daripada banyak kawasan dalam Negeri Sembilan tapi nampaknya DS Mohammad lebih senang berlegar-legar disekitar kawasan itu sahaja daripada memperkasakan UMNO/BN di kawasan yang dikuasai pembangkang. Perlu diingat, walaupun masalah Felda Sendayan berlanjutan pada pilihanraya 1999 dan 2004, UMNO masih menang di kawasan tersebut.

Adalah lebih baik DS Mohammad meluangkan lebih banyak masa dikawasan-kawasan seperti Ampangan, Paroi, Senawang dan Sikamat yang majoriti orang melayu tapi dikuasai pakatan pembangkang. Rasanya, kawasan-kawasan dalam Parlimen Teluk Kemang yang menyumbang sebahagian dari kerusi pembangkang di Negeri Sembilan, boleh ditangani dengan mudah oleh ADUN Bagan Pinang, TS Isa Samad. TS Isa atas kapasiti sebagai Ketua Bahagian UMNO Teluk Kemang nampaknya memainkan peranan sebagai ahli Parlimen di kawasan tersebut demi menarik semula sokongan rakyat pelbagai kaum untuk kembali menyokong BN sedangkan DS Mohammad yang berperanan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri tidak pulak begitu.

Peranan TS Isa Samad walaupun hanya sebagai ADUN Bagan Pinang, lebih menyerlah daripada DS Mohamad dimana beliau memberi khidmat sehingga kepada masyarakat di DUN Lukut dan Port Dickson yang dkuasai pembangkang. Malah dalam beberapa minggu lepas, dikhabarkan TS Isa menghadiri mesyuarat penduduk di DUN Sikamat!! Begitu juga dengan peranan bekas ADUN Lenggeng, Dato Ishak (Ketua UMNO Bahagian Seremban)yang membantu sedikit sebanyak penduduk kawasan Taman Sri Telawi yang dilanda banjir kilat dari kawasan pembinaan lebuhraya LEKAS berhampiran setiap kali hujan lebat menimpa kawasan tersebut.

Nampaknya ketua-ketua bahagian UMNO dikawasan-kawasan selain bahagian Rembau terpaksa mengisi kekosongan yang ditinggalkan DS Mohammad yang tumpuannya lebih terarah kepada membelai dan memanjakan penduduk Felda Sendayan. Malah dalam edisi January 2010 Suara Negeri, hampir kesemua ruang diisi dengan cerita mengenai kisah penduduk Sendayan yang tidak sudah-sudah sementara banyak kisah lain di kawasan dalam Negeri Sembilan yang tidak mendapat liputan.

Sebagai penduduk dan pengundi di Negeri Sembilan, kami memang terharu dengan kecanggihan dan kemajuan yang bakal diperolehi penduduk Sendayan dan Bandar Sri Sendayan. Ambil satu contoh, lampu isyarat. Dalam jarak 100 meter, ada 3 lampu isyarat untuk kemudahan penduduk Bandar Sri Sendayan keluar dari kawasan tersebut masuk ke jalan besar KLIA-Seremban, setiap lampu isyarat ini pula dilengkapi dengan sensor yang sangat sensitif sehingga jika ada kenderaan yang mahu keluar dari kawasan tersebut, mereka tidak perlu menunggu lebih dari 3 saat nescaya lampu isyarat akan bertukar hijau!!! Yang susahnya ialah pemandu yang menggunakan jalan tersebut untuk ke KLIA, sekejap-sekejap dah nak kena tekan brek. Di dalam banyak kawasan di Negeri Sembilan, jika terjauh sedikit dari garisan putih pun belum tentu sensor akan mengesan kereta yang berada di atasnya, itupun kalau ada sensor. Itu tak kira lagi penduduk Bandar Sri Sendayan yang beraja di mata bertahta di hati keluar masuk persimpangan tanpa memakai topi keledar atau mematuhi lampu isyarat, termasuk pak Imam!! Ketua Kampung, Hj Yusof, jarangla kot pasal dia tak naik motor, pakai kancil ke sana ke mari dengan handphone baru sebagai ahli Majlis MPN, kereta mewah, parking dirumah, pakai bila perlu sahaja.

Kelihatannya, DS Mohamad Hassan sedang berusaha menyelamatkan kedudukkannya di kawasan DUN Rantau yang sedang diwakilinya. Pendek kata kalau kerajaan Negeri Sembilan ini tumbang ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum yang akan datang pun, DS Mohammad tak akan peduli kerana yang penting dia selamat di DUN Rantau.

Kami harap mendapat perhatian dan tindakan lanjut oleh kepimpinan tertinggi negara.

Artikel ini aku ambil dari MYKMU (klik sini). Sesekali terjah juga UMNO negeri lain. Bukan apa, cuma sekadar peringatan.

2 comments:

lord ried said...

Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Kalu dok pikiaq sepintaih lalu gamaknya ramai dok anggap tajuk artikel ini ‘melampau’. Tapi yang paling penting pada abang sabik dok pikiag mende2 yang ada kena mengene ngan akidah
Selama ini orang Melayu yang beragama Islam dok pikiaq jika lahir sebagai Muslim, mati pun nanti sebagai seorang Muslim dan teghuih ke Syurga kelak.
Hujah ini kalu luaran mungkin lagu tu sabik masyarakat Islam hanya pikiaq seseorang itu boleh jadi kapiaq bila depa sembah berhala sahaja. Hak ni la diajaq di sekolah agama kerajaan. Sembah mende selain Allah disebut Syirik Jali.
Maha Suci Allah daripada dipersekutukan.
Selama ni masyarakat Islam tak peghenah diajaq tentang ‘Perkara-Perkara Yang Boleh Membatalkan ‘Aqidah Islam’ kecuali bagi mereka yang menuntut di Sekolah Agama Rakyat dan juga di institusi pondok.
P & P di SAR dan institusi pondok ini lebih joh ke dalam. Pelajaq-pelajaq yang ‘graduate’ dari institusi ini biasanya akan menjadi penyokong dan kebanyakannya teghuih‘terjun’ ke dalam perjuangan Islam. Ada di antaranya menjadi Ulama’ yang berani dan disegani.
Hak ni la ditakuti oleh musuh Islam sepertiPARTI BEWAK dan pemimpinnya. Kita tak lupa haih ngan tindakan Mahdiaq menarik balik peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat masa menjadi PM dulu. Fikiaq la sendiri, lagu mana soghang yang ngaku Islam tapi dia sendiri bertindak menghapuskan Sistem Pendidikan Islam untuk rakyatnya.
Lagu ni la Presiden Mesiq, Hosni Mubarak Laknatullah yang tadak mahu bukak border nak wat masuk bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza baghu ni. Lagu ni jugak peel Raja Jordan, Raja Dollah yang bimbang ngan kejayaan Revolusi Islam Iran, kebangkitan Islam di Lubnan dan kejayaan Hamas merintah Palestin. Dia sendiri berkempen ngan pemimpin Liga Arab suh amik tindakan kat gerakan Islam yang bangkit. Si Raja Puaka dan Bangsat dari Jordan ini sangat bimbang kalu Islam kembali berkuasa di dunia dan memberikan ancaman terhadap Amerika dan Israel.
Jenih apa la maknusia Islam lagu ni ? Ngaku Islam tetapi depa la sebenagnya jadi talibarut Yahudi Zionis dan Nasrani.
Benaq ka Pimpinan PARTI BEWAK Ini Kapiaq Walau Masih Bersolat ?
Abang molakan ngan Hujah Al-Qur’an. Dalam Surah Al-Ana’am (6) : ayat 159
إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ ۚ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Ghertinya : Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka.

( BERSAMBUNG )

lord ried said...

( sambuangan )

Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).
Arwah Prof Hamka menafsirkan ayat ini sebagai “Apabila ada keyakinan bahawa ada sistem lein yang lebih beik daripada sistem Islam, maka kapiaq lah orang itu walaupun masih sembahyang.”
Hujah 1 : Pimpinan PARTI BEWAK telah merintah negara lebih setengah abad. Sejak dari awal pemerintahan sampai lani, undeng2 yang dok pakai ialah undeng2 ciptaan manusia iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang didraf oleh Suruhanjaya Reid British. Bahasa mudahnya undang-undang sekular agama suku politik suku
Persoklannya, awaaaat pimpinan UMNOJAMBANTAIK tadak peghenah berusaha untuk menukaq Perlembagaan ciptaan British ini kepada Perlembagaan Al-Qur’an ? Buleh ka diterima alasan depa yang mengatakan bahawa Al-Qur’an takleh dilaksanakan sabik Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk ? ATAU
Hujah 2 : Pemimpin UMNOJAMBANTAIK sendiri lebih yakin bahawa undeng2 sedia ada (Perlembagaan Malaysia) ini lebih beik dan sesuai daripada Undang-Undang Allah (Al-Qur’an).
Hujah 3 : UMNOJAMBANTAIK itu sendiri disahkan oleh Gemulah Tunku Doeremon sebagai sebuah parti kebangsaaan (‘asobiyyah) yang berfahaman sekular. Jelas bahawa pemimpin PARTI BEWAK itu sendiri berfahaman sekular yang sesat ini.
Apakah Hukum Jika Seseorang Islam Itu Berfahaman Sekular ?
Syeikh Mustafa Sabri, seorang Ulama’ masyhur yang idup (1869 – 1954) di zaman Pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah dan pernah menjawat jawatan Mufti dalam Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah pernah mengeluarkan fatwa berhubung dengan Sekularisma ini.
Fatwanya : “Jalan paling mudah menjadi KAPIAQ apabila memisahkan agama dengan politik.”
Para pembaca yang budiman, hang pikiaq la sendiri. Wat penilaian yang jujuq lagu mana kedudukan ‘aqidah puak pimpinan UMNOJAMBANTAIK yang sedang bermaharajalela lani.
Tengok la apa dah jadi dalam negara. Lagu mana buleh berlaku kes 250 ribu umat Islam yang MURTAD dalam negara ini. Statistik ini disahkan sendiri oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Kes murtad Nur Aisyah (anak Hj Bukhari) merupakan satu kes yang menunjukkan betapa gagalnya sistem yang ada dalam negara.Lagu mana sorang anak gadis yang mendapat didikan Islam yang sempurna dari ibubapanya, hafaz Surah Yasin dan As-Sajdah, memiliki kelulusan agama sehingga peringkat 4 Thanawi boleh murtad ???
Pikiag la tang mana silapnya.

he he he
gurau ngan bewak pendekaq melayu