Sunday, June 13, 2010

UMNO Bahagian Harus Berubah


UMNO telah menjadi wadah perjuangan bangsa sejak sebelum merdeka lagi. UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan. UMNO lah yang membawa kemerdekaan seperti yang tercatat dalam sejarah negara.

Pemimpin-pemimpin UMNO lah yang telah membangunkan bangsa dan negara kita selama ini. Jasa-jasa mereka tidak mampu kita balas dan tidak akan dapat kita lupakan.

Malangnya segala usaha itu bukanlah usaha yang kelihatan konsisten dan mampan. Setelah beberapa generasi pemimpin telah bertukar ganti maka semangat pemimpin UMNO juga sudah berubah. Pemimpin tidak lagi benar-benar berjuang untuk parti.

Lihat sekeliling kita, apakah masih ada semangat perjuangan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin kita untuk membela bangsa dan negara? Apakah masih ada aktiviti-aktiviti yang masih mampu menyatukan anak-anak kita dalam satu-satu masa?

Seingat saya semasa dulu kita ada berbagai-bagai program untuk merapatkan siratulrahim antara ahli, tapi sekarang kita ada apa?

Pemimpin-pemimpin yang setelah menang jawatan mereka akan menghilang dan sibuk dengan mengumpul kekayaan mereka sendiri. Mereka tidak lagi pendulikan parti. Mereka tidak juga pedulikan orang-orang yang telah mengundi mereka. Bagi mereka segalanya telah selesai kerana pengundi-pengundi mereka adalah perwakilan yang dibayar.

Tunggulah, bila masanya tiba nanti kita akan bongkar mengenai politik wang di Jerantut. Siapa perwakilan yang menerima berapa bayaran untuk mengundi siapa pula. Kita akan bongkar dari A - Z dari UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri. Ketua-ketua cawangan, Setiausaha Cawangan dan AJK Cawangan yang terlibat akan kita dedahkan mereka kelak.

Biar rakyat semua tahu bahawa Ketua Cawangan, Setiausaha serta AJK Cawangan mereka adalah perasuah politik. AJK Bahagian juga akan kita dedahkan nanti bila sampai waktunya. UMNO harus bersih dan UMNO harus telus.

Dipetik dari blog SPU Jerantut (klik sini)


No comments: