Wednesday, June 30, 2010

Halau Segera Lelaki Bangsat Didalam Koc Wanita!

KUALA LUMPUR 29 Jun - Langkah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan koc khas untuk wanita bagi perkhidmatan komuternya disambut baik oleh semua pihak khususnya kaum wanita. Selain lebih selesa dan selamat, langkah itu juga adalah bukti KTMB sangat menghargai dan menghormati kaum wanita.


Lelaki Bangsat!

Di awal pelaksanaannya, semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah tetapi sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir penumpang lelaki yang dilihat sengaja melanggar ketetapan itu. Malah, ada juga penumpang lelaki yang naik berang apabila ditegur kerana menaiki koc tersebut atas alasan mereka juga membayar tiket untuk perkhidmatan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata kaum hawa mahu tindakan tegas diambil bagi memastikan penumpang lelaki tidak memasuki koc yang dikhaskan untuk wanita itu. Seorang pegawai khidmat pelanggan, Zaharah Ali, 23, berkata, tindakan penumpang lelaki itu menunjukkan mereka bukan sahaja tidak menghormati hak kaum wanita tetapi juga tidak tahu malu.

"Rata-rata yang bersikap begitu adalah warga asing," ujarnya yang mahu pengawal keselamatan KTMB bertindak bagi menghalang perkara itu daripada terus berlaku.

Sumber : Utusan Malaysia

Perkara ini semakin lama semakin berleluasa. Pendekar cadangkan belasah saja lelaki bangsat yang menggunakan koc wanita ini. Mereka memang tidak patut dikasihani. Memalukan orang lelaki sahaja mereka ini.

Penumpang wanita juga boleh mengambil tindakan tegas dengan menyembur lada ke muka lelaki yang sengaja masuk kedalam koc mereka. Jangan biarkan mereka yang bangsat ini berleluasa terutama warga asing.

No comments: