Saturday, May 8, 2010

Zaid Ibrahim Perlu BERTAUBAT

Kebelakangan ini semakin ramai yang membenci Zaid yang "mabuk kuasa". Perbuatan biadapnya terhadap Sultan Selangor jelas mendatangkan kemarahan orang Selangor. Inilah budaya yang ditanam oleh puak pembangkang kepada semua ahlinya.

Jika menang maka dipuji setinggi langit. Apabila kalah, tuhanpun hendak dicarutnya. Apabila orang ramai marah, pandai pula Zaid "mabuk kuasa" ini menyorok. Sikap buruk Zaid "mabuk kuasa" sudah jelas kelihatan sejak muda.



Ibrahim Ali sendiri menjelaskan keperibadian Zaid "mabuk kuasa" sejak muda sudah buruk. Beliau sukakan hiburan sejak menuntut di ITM lagi. Apabila berjaya menjadi peguam dan memegang jawatan didalam UMNO, lagilah panjang langkah beliau didalam aktiviti tak bermoral.

Sebenarnya sejak mula orang ramai sudah mempertikaikan keputusan Anuar Yahudi menjadikan Zaid "mabuk kuasa" sebagai calon. Dan sudah nampak beliau ini hanya akan kalah dan menjadi beban besar kepada PKR. Tetapi rancangan sebenar Anuar Yahudi tiada siapa yang tahu. Ada yang kata, sikap Zaid "mabuk kuasa" yang liberal boleh membantu karier Anuar Yahudi.

Dan sekarang Zaid "mabuk kuasa" mempertikaikan titah Sultan Selangor. Pada hal ianya hanya berkaitan dengan Nik Aziz sahaja. Mengapa pula Zaid "mabuk kuasa" ini tumpang sekaki. Mungkin kerana dia mahu membalas "budi baik" tok guru kerana "membasuh" dosa beliau semasa PRU Hulu Selangor tempoh hari.

Iyalah kan dahulu Zaid "mabuk kuasa" ini beriya iya menghina PAS dan Nik Aziz. Malah sanggup nak saman PAS. Apabila Nik Aziz dah basuh dosanya, maka inilah masanya beliau membalas budi baik tok guru.

Dan tak mustahil lepas ini dia akan membantu DAP pula merampas tanah orang melayu. Iyalah diakan peguam putar alam. Sama seperti abangnya Anuar Yahudi.

1 comment:

UMNO Bahagian Bentong said...

Salam Perjuangan.

Mohon Kerjasama saudara untuk menambah senarai blog saudara dengan blog UMNO Bahagian Bentong.

Sekian, Terima Kasih.