Friday, May 7, 2010

Zaid Didesak Mohon Ampun

Kami dari Gabungan NGO- NGO Negeri Selangor mendesak Datuk Zaid Ibrahim, Penyelaras Pakatan Rakyat yang juga Ahli PKR dikenakan tindakan atas kenyataan biadap beliau diakhbar Sinar Harian bertarikh 06 Mei 2010 dengan kenyataan dimuka depan akhbar berkenaan "BUKAN ZAMAN FEUDAL".

Kenyataan beliau ini seolah-olah memperlecehkan dan mempersendakan titah perintah DYMM Sultan Selangor yang bertitah supaya rakyat jangan menggunakan masjid dan surau di Negeri Selangor sebagai tempat berpolitik. Kenyataan Datuk Zaid seolah-olah menghasut rakyat supaya tidak menghormati titah perintah Tuanku Sultan yang merupakan tunggak pemerintah serta ketua agama.

Kami rakyat negeri Selangor mendesak agar beliau memohon maaf secara terbuka kepada DYMM Tuanku dalam tempoh 24 jam dan memohon agar kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap Datuk Zaid Ibrahim, jika tidak kami akan menganggap kenyataan Datuk Zaid itu adalah pendirian rasmi dari Parti Keadilan Rakyat dan juga dari keseluruhan Kerajaan Pakatan Rakyat.

































Sumber: Minaq Jingo

No comments: