Tuesday, May 11, 2010

PKR Semakin Menuju Kehancuran

KULIM 10 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim- Bandar Baharu hampir lumpuh apabila 1,700 ahlinya malam tadi mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebahagian besar daripada mereka merupakan masyarakat India yang menjadi ahli di cawangan Jalan Kattu Raja, Paya Besar, Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara, Taman Sunga Kob, Taman Ria dan Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai.

Cawangan-cawangan tersebut turut dibubarkan dan dua cawangan PKR dalam Parlimen Kulim- Bandar Baharu yang mengikut langkah sama ialah di Kampung Padang Buluh dan Ladang Dublin Pusat.

Seorang usahawan, R. Letchumanan, 60, yang mengetuai kumpulan terbabit berkata, keputusan membubarkan cawangan PKR dan jawatankuasa terbabit dibuat serta merta selepas mendapat mandat majoriti ahli yang tidak lagi percaya dengan perjuangan PKR .

Katanya, semua yang meninggalkan parti akan menyertai MIC dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN).

‘‘Kita sudah bosan dengan janji kosong pemimpin PKR lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang berlagak pandai dan cakap tak serupa bikin.

Sumber: Utusan Malaysia

Kini semakin ramai yang tidak percaya lagi kepada PKR apatah lagi kepada Anuar Ibrahim. Dengan kes liwatnya yang menjijikkan, tambahan pula dengan sikap kepuran puraan Anuar membuatkan orang ramai tidak lagi percaya.

Tetapi malangnya yang masih bodoh menyokongnya adalah orang melayu yang mengaku beragama islam. Sayang orang melayu masih lagi hidup didalam kegelapan. Masih lagi enggan menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada mereka untuk berfikir dengan baik.

Sampai bila orang melayu baru nak sedar yang perjuangan PKR adalah sia sia dan Anuar itu PENIPU BESAR, pendekar sendiri tak tahu. Pendekar hanya mampu berdoa agar hati mereka dibukakan oleh Allah s.w.t untuk menerima hidayah dan kebenaran.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, rakyat sudah lama membuka mata akan tujuan sebenar perjuangan PKR.....lebih-lebih lagi bagi kaum India yang tidak mendapat tempat dalam PKR, hanya sekadar orang suruhan Anwar...

Wajarkah mereka semua meninggalkan PKR...

Pendekar Melayu said...

bagi saya, kaum india adalah lebih baik dari kaum cina.sekurang kurangnya kaum india lebih mengenang budi dari orang cina. lihatlah cina di hulu selangor. dapat bantuan 3 jutapun masih sokong pkr.bila kerajaan tak bantu, mulalah menyalak nyalak cakap kerajaan rasis.

pkr tak lebih dari parti peribadi.tujuan asalnya adalah untuk membebaskan anuar dari tuduhan liwat 1998.bila anuar dah bebas, pkr ini sebenarnya secara tak langsung dah jadi tak releven lagi.