KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat semalam membuat laporan polis berhubung kenyataan berbaur ugutan bunuh oleh seorang lelaki dalam laman sosial, Facebook terhadap Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Khamis lalu.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Nasrudin berkata, beliau menyedari mengenai ugutan terbabit, kelmarin selepas membaca komen seorang lelaki menggunakan nama Mohd Safuan Mohd Hilmi yang ditulis pada malam Khamis lalu.
Sementara itu, di PENGKALAN CHEPA, Pas Kawasan Pengkalan Chepa semalam turut membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang sama dalam laman sosial Facebook terhadap Nik Aziz.
Laporan dibuat jam 3 petang di Balai Polis Pengkalan Chepa oleh Setiausaha Pas kawasan, Hasan Mamat selepas membaca ugutan itu di laman sosial berkenaan, kelmarin dan meminta polis menyiasat serta mengambil tindakan kerana kenyataan bersifat provokasi dan mengancam keselamatan Menteri Besar Kelantan.
“Sebagai negara demokrasi dan aman, perkara itu tidak sepatutnya berlaku, polis sepatutnya membuat siasatan dan mendakwa penulis terbabit,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Ulasan Pendekar :
Agak menghairankan apabila didalam soalan ini, PAS mempercayai pula kepada polis. Jika dahulu, mereka kan mencemuh pihak polis. Menggelarkan polis dengan pelbagai gelaran buruk. Tetapi mengapa bila mendapat susah, maka polis juga yang dicari?
Dan agak mengelikan hati, mengaku pula negara ini negara demokrasi dan aman. Tetapi bila pilihanraya, menuduh negera ini tidak mengamalkan demokrasi, tuduh beli undi. Begitu juga dengan tindakan PAS yang suka menghuru harakan keadaan bila pilihanraya. Suka mencetuskan suasana tidak aman sekiranya mereka kalah didalam pilihanraya.
Didalam hal ini, ada baiknya para pemimpin dan penyokong PAS bermuhasabah. Nilailah dahulu diri sebelum membuat sesuatu tuduhan. Renunglah kedalam diri mengapa masyarakat membenci PAS. Janganlah terlalu mengangkat diri sendiri sehingga menuduh orang lain kafir. Sedangkan undi PAS langsung tidak menjamin kita ke syurga atau tidak.
No comments:
Post a Comment