Sunday, May 2, 2010

MRSM Bentong Ditutup Untuk Baikpulih

Semua 804 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong dipindah ke MRSM Pekan di sini semalam disebabkan berlaku runtuhan tanah berhampiran sekolah itu sejak 8 Disember lalu.



Sekolah tersebut juga akan ditutup selama setahun bagi membolehkan kerja membaik pulih cerun bukit yang runtuh dijalankan.

Runtuhan itu berlaku kira-kira 50 meter dari salah sebuah blok pangsapuri lima tingkat yang menempatkan guru-guru sekolah berkenaan. Ia dikhuatiri membahayakan penghuni dan pelajar.

Menurut Pengetua MRSM Bentong, Mohd. Yusoff Hassan, perpindahan tersebut juga melibatkan 74 orang guru dari sekolah itu yang akan mula mengajar di MRSM Pekan.

2 comments:

one one no belen said...

Adakah punya keretakan itu kerana kelalaian kontraktor? kena selidik tu.

Pendekar Melayu said...

mungkin juga..mungkin juga ada unsur unsur rasuah?