Thursday, May 13, 2010

Lesen Judi World Cup Kesilapan Besar Kerajaan

Cukup memalukan apabila kerajaan BN dibawah pimpinan DS Najib meluluskan lesen perjudian sempena World Cup. Pendekar dah lama tahu ura ura nak bagi lesen judi ni tapi sengaja diamkan dahulu. Nak tengok apa langkah kerajaan dulu macam mana.



Akhirnya kerajaan halalkan juga. Humm memang silap langkah lah kerajaan hari ini. Memang sumbang sungguh.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa

Pada pandangan pendekar, dangkal sungguh kenyataan seorang menteri. Adakah sebab merasakan putus asa terhadap judi haram, maka dihalalkan pula judi itu. Atau merasakan kerajaan rugi kerana tidak terlibat mengaut keuntungan didalam judi haram, maka kerajaan kini membenarkan pula judi. Supaya kerajaan akan mendapat duit hasil perjudian?



Sekarang ramai pihak menentang keputusan kerajaan membenarkan perjudian. Mengapa pula Jabatan Agama Islam atau mana mana menteri yang beragama islam diam seribu bahasa. Apakah terdapat konspirasi didalam kes ini?

Mufti Perak Tan Seri Harussani Zakaria sendiri membantah keputusan kerajaan (klik sini)

3 comments:

Semut Hitam said...

Belum lulus lagi. Baru dicadangkan.

Tapi ni la masalah dengan Pemimpin atasan ni.

Suka - suka dia je keluar statemen. Tak memikir dulu Impak terhadap akar umbi. yang nak menjawab persoalan ni bukan mereka, tapi akar umbi juga.

Fikir - fikirkan lah.

Pendekar Melayu said...

lulus tak lulus tetapi terlalu awal cakap maka itulah jadinya.lagipun tak payahlah nak dbincangkan lagi benda benda begini. Senang cakap haramkan terus je.

Najmi said...

Salam perkenalan.
Tahniah kerana turut menentang judi bola

Seingat saya sepanjang Dato Najib jadi menteri Kewangan sudah 2 kelulusan lesen perjudian baru di buat.

Kali pertama sebulan selepas beliau menjadi Menteri Kewangan. 7 Cabutan Khas dan yang kedua ni judi bola sepak.

Kedua dua lesen baru itu diperolehi oleh Vincent Tan. Nampak gayanya pemimpin UMNO sekarang sedang menjadikan UMNO/BN sebagai kuda tunggangan taukeh judi.

Yang saya hairan mana dia ulama UMNO, tak bersuara langsung. Kalau setakat suara pendekar melayu sahaja ... bantahan itu akan dibakulsampahkan oleh pemimpin UMNO.. Mereka akan kata bantahan ahli UMNO hanyalah kes terpencil.

Maaf sekadar pandangan