Wednesday, May 5, 2010

Hulu Tembeling Terpinggir

KUANTAN 4 Mei - Masalah kesukaran mendapatkan rawatan di kalangan penduduk Hulu Tembeling dekat Jerantut hanya dapat diatasi jika wujud sistem jalan raya yang baik di kawasan pedalaman itu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Rosnah Ismail berkata, ketiadaan jalan raya menyebabkan penduduk di Hulu Tembeling terpaksa menggunakan perkhidmatan bot penambang untuk mendapat rawatan di Hospital Jerantut.

''Pembinaan jalan raya yang menghubungkan Hulu Tembeling dengan bandar Kuala Tahan, Jerantut sudah tentu dapat meningkatkan perhubungan penduduk ke pusat-pusat kesihatan sedia ada," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia Jumaat lalu mengenai kepayahan seorang warga emas yang terpaksa mengambil masa lima jam menaiki bot penambang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut.

Dr. Rosnah berkata, pesakit tersebut terpaksa menggunakan perkhidmatan bot penambang sebagai pengangkutan utama kerana projek pembinaan jalan raya dari Hulu Tembeling ke Kuala Tahan masih belum dilaksanakan.

Sumber: Utusan Malaysia

Kegagalan kerajaan negeri membina jalan dikawasan berkenaan sebenarnya sudah lama diperkatakan. Tidak tahu mengapa kerajaan negeri boleh terlepas pandang kepada kawasan tersebut. Mungkin sebab "orang orang besar" langsung tidak menjengah ke kawasan terbabit. Maklumlah orang kaya mana nak datang ketempat jin bertendang.

Ulasan lain mengenai masalah Kuala Tembeling (klik sini)

1 comment:

one one no belen said...

Salam.Kerana tidak adanya pembangunan di pendalaman yg membuatkan rakyat di pendalaman akan menolak UMNO.Kerana pemimpin UMNO tidak peka dengan kehendak rakyat.