Friday, April 30, 2010

Masjid Jamek Bandar Bentong

Masjid Jamek Bandar Bentong dibina tidak sampai 10 tahun. Dibina berhadapan dengan Dataran Bentong. Secara jujur, masjid ini tidak mempunyai masalah serius kecuali sedikit masalah kecil dan teknikal.

Mungkin disebabkan perbuatan vendalisme, semua bilik air ditandas tidak mempunyai alat untuk menyangkutkan seluar atau kain. Ada kesan lubang paku tetapi ianya telah dicabut. Ini menyukarkan sedikit para jemaah untuk menyangkutkan seluar atau kain semasa membuang hajat.

Selain itu, masjid ini mempunyai sistem bunyi yang canggih dan bagus tetapi sayang orang yang menggunakannya tidak begitu mahir didalam tuning bunyi. Akibatnya semasa khutbah, bunyi menjadi bergema dan pecah.

Yang lain lain, hanya jagalah persekitaran masjid dan amalkan menanam pokok bunga untuk menambah keceriaan masjid.







Baca perenggan nom 2. Kalau Nik Aziz masih tak paham, sila ajarkan dia membaca.


Jemaah masih belum ramai. Masih awal lagi.






Masjid diwaktu malam. Maaf kualiti gambar kurang terang.

No comments: