Monday, January 3, 2011

Haramkan Penggunaan Beg Plastik


KUANTAN 2 Jan. - Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang diadakan pada setiap hari Sabtu akan diperluaskan meliputi kios di stesen minyak dan kedai runcit di seluruh negeri ini bermula tahun ini.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, perkara itu disambut baik oleh pengusaha stesen minyak bagi menyedarkan masyarakat tentang kesan beg plastik kepada alam sekitar.

Menurutnya, sebanyak 200 kios terbabit akan menjalankan kempen tersebut yang diadakan pada hari Sabtu setiap minggu yang mana pengguna tidak akan diberikan beg plastik ketika membeli barang di situ.

"Kempen tersebut akan diperluaskan ke kedai-kedai runcit sama ada di bandar atau kampung melalui fasa kedua yang akan dijalankan pada April ini bagi menimbulkan kesedaran mereka tentang kesan beg plastik terbabit.

Sumber: Utusan Malaysia

Pendekar menyambut baik usaha kerajaan didalam kempen sebegini. Tetapi adakah kerajaan terlepas pandang bagaimana hendak menyelesaikan masalah orang ramai jika mereka tidak menggunakan beg plastik?

Kerajaan menyarankan penggunaan beg pelbagai guna tetapi saiz beg yang terlalu kecil tidak membolehkan barangan harian dimasukkan kedalam beg. Jika pembeli mahu menggunakan beg plastik, mereka akan dicaj sebanyak 20 sen.

Dari sini pasaraya sudahpun memperoleh untung secara tak langsung. Jika seorang pembeli membayar seringgit untuk 5 beg plastik, bagaimana jika terdapat 100,1000 atau 10,000 orang pembeli? Betul betul buat duit.

Di negara maju, mereka menggunakan beg kertas kitar semula. Beg kertas itu digunakan bagi mengantikan beg plastik tanpa sebarang caj.

Sudah tiba masanya kerajaan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan memberi sekali jalan penyelesaian berbanding cara sekarang yang hanya menambahkan masalah.

No comments: