KUALA LUMPUR 2 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar berundur segera dalam politik dan berhenti daripada terus 'berlakon' serta menipu rakyat demi masa depan negara serta keluarganya.
Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, memang sudah sampai masanya untuk Ketua Pembangkang itu bersara dalam arena politik seperti yang disarankan oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin.
Beliau bagaimanapun percaya, Anwar tidak akan menerima saranan itu kerana Penasihat PKR tidak akan berhenti melakukan sesuatu sekiranya cita-citanya belum tercapai.
Jelas beliau, Anwar kini menggunakan platform politik untuk mencari jalan keluar daripada tuduhan kes liwat yang dihadapinya itu dan pada masa sama merancang 'konspirasi' politiknya sendiri.
"Bagaimanapun, kepada Anwar, terimalah nasihat daripada Dr. Mohd. Asri itu dengan hati terbuka. Berundurlah demi masa depan negara, rakyat dan juga keluarga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia
Pada pendekar, Anwar ini tidak akan berundur kerana jika dia mahu berundur, sudah lama dia berbuat demikian. Malah mungkin selepas dibebaskan oleh PakLah dahulu, dia akan terus berundur dari dunia politik sekiranya dia mahu.
Tetapi Anwar tetap Anwar. Selagi cita citanya belum tercapai, dia tidak akan berundur walaupun keluarganya nanti hancur lebur.
Dan sekiranya dia berundur sekarang, itu adalah lebih baik untuknya. Lagipun Anwar bukanlah seorang yang miskin. Dia mempunyai banyak duit hasil tajaan yahudi zionis. Dan mungkin kerana itu juga menjadi sebab mengapa dia tidak akan berundur. Kerana dia adalah aset kepada yahudi zionis. Perancangan yahudi zionis untuk memasuki negara ini adalah melalui Anwar sendiri.
Oleh itu mustahil untuk Anwar melepaskan semua ini kerana dia "terpaksa" mengikut perancangan pihak tertentu.
2 comments:
Salam.Anwar tak akan berundur sehingga dia menjadi PM walaupun untuk sehari.Orang gila nak jadi PM
betul tu
Post a Comment