Thursday, October 21, 2010

PAS Syok Sendiri



PAS mendakwa mereka berjaya menawan bangunan UMNO di Kota Bharu. Pas mendakwa membeli bangunan itu dengan harga Rm 4.5 juta. Dikatakan Zaid telah menjual kepada Pemuda PAS untuk dijadikan Pejabat Pemuda PAS.

Pada pendekar, hal Zaid nak jual kepada PAS tak menjadi masalahpun. Ini kerana bangunan itu sendiri adalah milik Zaid. Jadi terpulanglah kepada dia mahu menjualnya atau tidak. Yang membuatkan pendekar hairan, mengapa pula PAS mengatakan mereka berjaya menawan bangunan UMNO?

Terang terang bangunan itu milik Zaid. Apa pula kaitannya dengan UMNO? Nampaknya PAS sekarang semakin meroyan. Agaknya selepas ni kalau penyokong PAS membeli motor second hand pun mendakwa mereka membeli motor UMNO. Kesian.

No comments: