Thursday, September 30, 2010

Pas Rayu UMNO Jangan Tanding PRK Galas

PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.


Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita.
- Bernama

Hahaha puak PAS dah kecut telor. Banyaklah kau perpaduan melayu. Orang PAS bukan orang melayu so apa cerita pasal perpaduan melayu. PAS tak layak nak sebut perpaduan orang melayu!

Kali ni UMNO harus gerakkan jentera pilihanraya besar-besaran. Pastikan pemilihan calon dibuat sebaik mungkin. Turunkan semua panglima perang dari setiap negeri untuk menguatkan barisan.

Jangan beri muka pada PAS sebab memberi undi kepada PAS bererti memberi peluang kepada orang kafir menghancurkan orang melayu islam.
Gendang perang sudah dipalu. Jangan gentar jangan undur. Teruskan perjuangan!

Sumber : Malaysiaheaven

No comments: