Semalam saya menerima beberpa panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas,termasuk dari pang5. Beliau mohon cadangan bagaimana nak atasi masalah peruntukan tak sampai ke blogger. Saya cuma mampu terkedu kerana selama ini saya tidak pernah tahu dan diberitahu bahawa adanya peruntukan seumpama itu. Malang sungguh nasib saya dan rakan-rakan seperti saya, yang berjuang bersungguh-sungguh atas nama Agama, Bangsa dan Negara. Rupanya selama ini hanya kami terpedaya.
Beberapa blogger yang terawal menutup blog mereka kerana protes atas kejadian sebegini, antaranya blogger Che Wan 'Pusakan Ayahanda' - sahabat lama saya yang berjuang sejak awal bermula dari kekalahan memalukan BN kepada PR yang mengakibatkan kehilangan beberapa negeri.
Rupanya ketika ini blogger sudah dikuasai oleh mereka yang berjuang untuk wang semata-mata. Saya tidak akan sebutkan nama-nama mereka kerana ini bukanlah tujuan saya. Siapa makan cili akan terasa!
Bacalah komen-komen diblog ini dan kita akan dapati pengakuan mereka yang berkenaan bagi mengiakan bahawa perkara ini benar-benar berlaku. Mungkin selepas ini saya akan dipulaukan, atau bilangan visitor akan merosot kerana menulis perkara yang bukan jadi topik hangat. Tapi inilah namanya perjuangan dan saya menulis bukan kerana nama. (Kerana itu juga blog bh ini tidak berwajah). Saya sejak lama dulu pun sudah berkira-kira hendak bersara. Jadi saya tidak akan kehilangan apa-apa.
Klik sini untuk membaca selanjutnya
Sebenarnya sudah lama perkara ini diperkatakan. Malah beliau juga mendedahkan bahawa UMNO sebenarnya ada menyediakan peruntukan untuk blogger pro kerajaan sebagai membalas jasa para blogger didalam menaikkan imej dan menangkis fitnah pembangkang.
Tetapi malangnya ada blogger pro UMNO sendiri yang membuat taik dan menikam belakang para sahabat. Peruntukan tersebut dicuri lalu dia mengatakan bahawa kerajaan langsung tidak memberikan apa apa peruntukan.
Memang kami para blogger tidak hairan sangat dengan wang tersebut kerana ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara. Tetapi perbuatan begini sedikit sebanyak menyakitkan hati juga. Yelah dah mencuri lepas tu menipu pula.
Harap selepas ini pihak kerajaan dapat memberi sendiri peruntukan tersebut tanpa melalui orang tengah. Cubalah turun padang dan kenali sendiri kami para blogger. Tak ada rugipun malah langsung tak mencemar duli *kalau ade duli ler*.
No comments:
Post a Comment