Di Konvensyen UMNO Pahang suara sebenar akar umbi tersekat dan tidak dapat didengarkan. Ini kerana adanya tokoh-tokoh politik yang berkepentingan yang memandu keputusan konvensyen mengikut kehendaknya supaya dapat menghiburkan hati MB dan PM. Sahabat saya yang menyertai konvensyen berkenaan membawa amanah dari NGO yang dipimpinnya menyatakan rasa kecewa kerana agenda Melayu telah 'dicicirkan' dari disuarakan keatas. Baca blog 'satu nota'.
UMNO diperingkat cawangan sendiri masih tidak merasakan gelombang perubahang yang diuar-uarkan. Malahan masih mempraktiskan sikap sebelum ini dimana untuk menjamin terus berkuasa ketua cawangan beserta kroni masih sanggup mengenepikan orang tertentu sehingga UMNO dicawangan menjadi semakin kecil.
Mungkin polisi UMNO merelakan cawangan dengan ahli yang sedikit namun membenarkan banyak cawangan ditubuhkan justru mereka yang merasakan tidak mendapat tempat dicawangan tertentu akan membuka cawangan baru bersama kroninya. Lagi kepentingan peribadi dan kroni didahulukan.
Jika kita tidak bersedia untuk memperbaikki dan memberi tumpuan kepada usaha meyakinkan rakyat maka kita terpaksa menerima hakikat bahawa kita telah terang-terang gagal untuk menjaga mandat rakyat selama ini.
Kalau tidak masakan mereka menolak kita kalau kita berbuat perkara yang betul. Keadaan ini, sebagaimana yang saya katakan selalu mesti bersebab.
Masakan orang ramai menolak kita jika mereka nampak apa yang kita lakukan itu adalah atas dasar yang meyakinkan semua pihak dan dasar-dasar itu terlaksana dengan baik sepertimana yang sepatutnya dilakukan.
Isu krisis keyakinan yang dihadapi oleh UMNO dan BN pada hari ini adalah 'real' malahan ramai berpendapat ianya adalah lebih sirius dari kepimpinan Abdullah dahulu.
Malangnya kita masih tidak mempunyai keyakinan untuk mengakui kesilapan kita, malah jika ada orang yang terbuka memberi kritikan dan pandangan berbeza mereka akan dinesta dan dihujankan dengan kutukan yang bertubi-tubi.
Saya telah menulis tentang isu ini hampir 3 tahun dahulu dan sehingga hari ini masih saya memperkatakannya dengan cara yang terbuka. Saya komited dengan apa yang saya katakan dan saya berani bertanggungjawab.
Saya sentiasa berdoa agar apa yang saya gambarkan yang akan terjadi itu tidak akan berlaku.
Tetapi saya tidak dapat menafikan ‘intuition’ saya yang begitu kuat bahawa kita akan kecundang jika kita masih tidak mahu mengakui hakikat kelemahan kita.
Katakanlah apa yang saya dan ramai lagi doakan itu tidak termakbul; maksud saya BN akan menerima nasib seperti PERIKATAN pada tahun 1969 dahulu; apa akan terjadi dan apa yang patut kita lakukan tanpa berlakunya kekecohan seperti yang berlaku selepas pilihanraya 1969.
Kalau kita dasarkan kepada demokrasi ‘Westminster Abbey’ kita hanya terima sahaja dan kita akan memilih sekali lagi dalam pilihan raya umum berikutnya dan menolak pula apa yang telah kita pilih dalam pilihanraya yang akan datang.
Jika kita seorang demokrat yang sebenarnya ianya bukanlah perkara yang boleh menjadikan keadaan kucar-kacir. Kita terima sahaja dan itu pun yang sepatutnya kita lakukan kalau pihak pembangkang sudah menjadi kerajaan.
Kita pilih pula kerajaan BN kembali jika kerajaan alternatif tidak menjalankan tugas kepada rakyat dengan baik seperti yang diharapkan semasa membuat pemilihan itu.
Tetapi sementara hendak menunggu pilihanraya yang berikutnya saya rasa pimpinan kita sekarang akan gagal menjalankan tugas sebagai pembangkang yang baik.
DS Najib akan menang di Parlimen Pekan. Walaupun beliau tewas di banyak peti undi kampung dan pekan tradisional tetapi beliau ada gugusan Felda Cini dan kem tentera yang boleh menyelamatkan beliau.
Kalau Tengku Razaleigh masih diberi tempat untuk bertanding diGua Musang, itu satu lagi kerusi selamat BN.
Shahrir Samad jika diberikan kesempatan untuk mewakili JB, juga merupakan satu lagi kerusi selamat BN.
Yang lain-lainnya seperti Hishamuddin dengan kuasa kewangannya yang kuat akan memenangi kerusi yang beliau sandang. Zahid Hamidi, Muhyiddin Yassin dan beberapa kerusi Parlimen BN yang lain di Sarawak dan
Persoalannya mampu kah Najib bersama beberapa orang yang duduk dibarisan pembangkang dan menjadi pembangkang yang baik?
Sudah berdekad-dekad hidup dalam keseronokan, dengan glamour dan hidup dalam kemewahan yang tidak tertera, bagaimanalah beliau akan menghadapi situasi menjadi pemimpin pembangkang.
Begitu juga kepada yang lain-lain yang selalu ditunggu dengan bunga manggar dan kompang dan menerima pujian dan sanjungan setiap tuan rumah yang mereka kunjungi.
Jika parti alternatif itu pula memerintah dengan sedikit baik daripada BN sebelumnya maka BN sebagai pembangkang tidak akan boleh nak bergerak lagi dan akhirnya mati begitu saja tanpa batu nisan.
Jadi kepada pemimpin-pemimpin serta penyokong-penyokong membabi buta terus menerus mengkritik saya dan orang-orang seperti saya mesti mengambil sikap menghormati pandangan yang berbeza dari kami kerana jika apa yang kami perjuangkan ini berjaya ianya ialah untuk menyambung ‘keglamouran’ pemimpin yang saudara sokong juga. Mesti faham hakikat ini.
Satu hakikat yang wajar diterima ialah untuk menjadi kerajaan alternatif yang lebih baik dari BN jika diberikan mandat oleh rakyat bukanlah satu tugas yang susah untuk dilakukan.
Hanya jangan berbohong dan jangan terlalu berretorik sudah cukup untuk membezakan pemerintahan BN dan pemerintahan parti alternatif.
Samalah keadaan perbezaan antara Pak Lah dan DS Najib. DS Najib hanya pastikan yang beliau tidak tidur dalam majlis-majlis dan dalam mesyuarat-mesyuarat sudah cukup untuk menunjukkan perbezaan antara beliau dan Pak Lah. Siapa saja yang mengambil alih tempat Pak Lah akan nampak lebih baik.
Jika dengan kehilangan sokongan kaum Cina dan sebahagian dari kaum Melayu terhadap BN dalam pilihanraya yang akan datang membawa kepada perubahan kerajaan saya amat tidak berkeyakinan yang BN yang akan menjadi barisan pembangkang yang berkemampuan untuk kembali diyakini rakyat dalam pilihanraya selepas itu.
Itulah sebabnya saya acapkali mencadangkan supaya kita mulakan pembetulan dengan memulakan era baru dengan ‘new political set-up’.
Cari seorang pemimpin Melayu yang berpengalaman dan berkemampuan untuk kembali memulakan rundingan yang baru dikalangan pemimpin semua kaum dan melakukan ‘constructive reconstruction’ yang berlandaskan kepada persetujuan semua pihak.
Kita terpaksa lakukan seperti yang dilakukan oleh Tunku Abd Rahaman semasa memulakan negara merdeka dengan mengadakan perundingan dengan semua pihak dan semua kaum.
Perkara yang sama dilakukan oleh Tun Abd Razak semasa negara menghadapi krisis 1969 dahulu selepas negara menghadapi krisis 13 Mei yang menyaksikan insiden hitam dalam sejarah negara.
Saya membuat cadangan ini kerana semua tahu jika UMNO tewas kali ini parti ini tidak akan bangun lagi kerana ahli-ahli dan pemimpinnya sudah berdekad-dekad dalam kesenangan dan kemewahan yang kadangkala sudah sampai ketahap kufur nikmat.
Bukti yang BN akan susah untuk bangun kembali apabila menjadi pembangkang boleh kita lihat diSelangor dan Pulau
Kini usaha mencari satu nama yang berkemampuan untuk menjuarai UMNO diSelangor dan Pulau Pinang adalah satu isu yang tidak kunyung selesai sehingga kesaat ini.
Selalunya yang boleh membantu usaha memperbaikki keadaan dalam UMNO ialah dari peranan pemudanya. Tetapi bersetuju kah atau tidak yang Pemuda UMNO pada hari ini boleh diibaratkan sebagai kumpulan pemuda 'mati pucuk' dan tidak lagi mempunyai 'consequence' dalam masyarakat.
Sejak zaman kepimpinan Hishammudin Husein Pemuda UMNO hanya berucap dengan ucapan yang bunyi guruh, tetapi bergerak seperti siput babi yang menjalar dicelah-celah pokok bunga.
Kelemahan ini diwariskan kepada seorang pemimpin pemuda kalau tidak silap saya bernama Khairy Jamaludin yang tidak ada 'cut' sebagai seorang pembawa perubahan.
Kalau pandang dari jauh siKhairy ini mengendalikan Pemuda UMNO seperti mengendalikan Persatuan Sepak Takraw sahaja.
Bak kata seorang sahabat saya yang menyamakan pemimpin UMNO ibarat ‘ayam daging’ dan pemimpin pembangkang ibarat ‘ayam kampong’.
Ayam daging kerjanya hanyalah mematuk makanan dari pagi hingga kemalam dan akan dibawa dengan lori-lori ke tempat penyembelihan apabila cukup umurnya 40 hari untuk santapan ramai.
Kalau ayam daging dikeluarkan dari reban dia akan mati kerana tidak tahu mencari makan, kerana selalu disuap dan disediakan makanan.
Ayam kampong selalunya berbadan lebih kecil kerana mencari makanan sendiri, mengutip disana sini, tetapi dagingnya lebih manis dan sedap dimakan.
Oleh kerana itu beringatlah sebelum masa untuk jatuh itu sampai. Janganlah sentiasa berada didalam ‘state of denial’. Jangan menyesal di kemudian hari.
Bak kata perpatah ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’.
Nota
Di Pahang UMNO @ UMB Pahang sanggup menyingkirkan blogger yang mereka anggap bukan sehaluan dengan mereka serta bukan kroni mereka semata-mata kerana ingin memastikan mereka menguasai media berkenaan. Apakah mereka menjadi lebih kuat atau semakin lemah? Blog Small Talk ketua UMB Pahang sudah 5 bulan tidak berpenghuni. Blog MB pahang sudah Adnan Yaakob sudah 2 tahun mati dan belum dikebumi.? Blog Ketua Puteri Pahang sudah 10 bulan tidak dikemaskini. Blog UMB Pahang? Masih ada nyawa-nyawa ikan. Pahang adalah diantara negeri yang dijangka akan bertukar kerajaan jika pemimpin masih bersikap memandang rendah kepada pihak lain dan merasa tinggi diri dan terlalu yakin selain dari gagal menguruskan kewangan gagal menjana ekonomi negeri dan gagal menawan hati pengundi. Saya berikan satu undi pendahuluan untuk pembangkang. Dipetik dari blog sahabat saya iaitu BraveHeart (klik sini)
2 comments:
Salam bro, sebagai pencinta perjuangan UMNO, kita tidak seterusnya menyalahkan antara satu sama lain, siapa diri kita ? Adakah kita telah laksanakan tanggungjawab sebagai pendokong UMNO ? Adakah kita sentiasa mendaapingi masyarakat setempat untuk mengekang segala dakyah-dakyah pembangkang ? Adakah anak-anak kita sendiri disemaikan semangat juang UMNO untuk bangsa dan negara ?
Kalau kita sendiri, selaku pendokong UMNO tidak mampu melaksanakan di dalam kariah dan keluarga, macam mana kita nak pertikaikan orang lain...... jangan tunggu bila kita diberi jawatan atau habuan baru nak berjuang.... setiap individu yang mengaku sebagai pencinta UMNO, wajib bertanggungjawab di atas keutuhan UMNO itu sendiri....
iya bro saya setuju tetapi jika hanya kita diperingkat bawahan saja yang bersikap demikian tetapi dikalangan pemimpin langsung tidak peduli, adakah ianya berbaloi?
sedangkan semua keputusan dibuat oleh mereka. Jika kita tidak bersetuju atau menegur mereka, kita pula dimarahnya.
Adakah pemimpin begini yang kita mahukan?
Post a Comment