Negara dikejutkan dengan pengusiran 10 orang warga asing yang terlibat dengan aktiviti pengganas. Malah mereka cuba merekrut para pelajar diuniversiti supaya mati sesat seperti mereka.
Didalam keghairahan berpolitik, semua parti politik dinegara ini hendaklah bersama sama menangani isu keganasan antarabangsa. Kita sibuk mencari kesalahan sesama kita sedangkan musuh luar sudah cuba bertapak dinegara ini. Jika kita tidak berhati hati, didalam kesibukan kita berpolitik, akhirnya negara musnah disebabkan anasir anasir yang tidak kita sedari.
Tahniah diucapkan kepada pihak polis kerana berjaya menghalang pengganas ini. Dan aku percaya ATM juga terlibat didalam kes ini bagi menjaga keselamatan negara. Syabas kepada semua pihak.
Kerajaan sepatutnya bertindak tegas terhadap kehadiran PATI kerana mereka ini berpontensi menjadi musuh kepada negara. Tidak mustahil ada antara mereka adalah anggota pengganas yang cuba merosakkan negara ini dengan fahaman sesat.
Kesan buruk mengenai kegiatan pengganas dan militan harus disebarkan supaya tidak ada golongan yang mudah terpedaya. Keganasan hanya mengorbankan nyawa yang tidak berdosa dan membawa kehancuran. Oleh itu, ia tidak boleh diterima.
No comments:
Post a Comment