KLUANG: Pergerakan Pemuda UMNO perlu membuka minda dan kembali kepada asas perjuangan pejuang terdahulu bagi memperkuatkan sayap berkenaan, sekali gus memperkuatkan parti, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Idris Haron.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan mencari semula kekuatan sayap berkenaan dan memperkukuhkannya dalam menghadapi suasana politik semasa yang mencabar.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan mencari semula kekuatan sayap berkenaan dan memperkukuhkannya dalam menghadapi suasana politik semasa yang mencabar.
"Pemuda tidak boleh kata mereka tidak kuat kerana untuk jadi kuat kita akan diuji dan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Sayap ini perlu memahami prinsip perjuangan sebenar parti dan kembali kepada perjuangan pejuang parti terdahulu di samping memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepemimpinan.
"Selepas itu, biar rakyat menilai sendiri sama ada Pemuda UMNO kuat atau tidak dalam memperjuangkan agenda bangsa dan negara," katanya merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kluang, di sini semalam.
Hadir sama, Ketua UMNO bahagian, Mohd Jais Sarday; Ketua Pemudanya, Norhalim Amin dan Naib Ketua Pemuda, Khairul Anwar Rahmat. Kira-kira 175 perwakilan Pemuda Bahagian Kluang di samping 50 pemerhati termasuk pelajar hadir pada mesyuarat berkenaan.
Idris berkata, perjuangan Pemuda UMNO juga tidak boleh bersandarkan emosi dan perasaan semata-mata yang tidak lagi relevan jika tidak disertai fakta dan angka.
"Pemuda akan ketinggalan jika tidak berubah, terus emosional dan terlalu terikat dengan sejarah dan kegemilangan lalu," katanya.
No comments:
Post a Comment