KUALA LUMPUR 3 Mei - Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz menganggap Internet dan televisyen merupakan 'musuh' kepada buku kerana menghakis budaya membaca di kalangan masyarakat seperti yang berlaku di Malaysia ketika ini.
Menurut tokoh akademik itu, penggunaan yang meluas kedua-dua medium itu kini membentuk masyarakat yang bergantung sepenuhnya kepada Internet dan televisyen untuk mendapatkan maklumat sekali gus meminggirkan kandungan sesebuah buku.
"Ia menjadi semakin parah apabila sesuatu pengetahuan itu tiada di Internet, maka ia akan diabaikan begitu sahaja dan sangat merugikan masyarakat," katanya.
Mengulas lanjut, kata Ungku Abdul Aziz, budaya membaca buku di Malaysia agak rendah berbanding negara-negara luar khususnya penduduk di Eropah yang menjadikannya satu amalan. "Mereka (penduduk Eropah) membaca buku di mana-mana sahaja walaupun masa terluang hanya 15 minit sedangkan negara mereka mempunyai kemudahan Internet yang baik ," katanya.
Tambahnya, masalah kurang membaca buku bukan sahaja berlaku kepada golongan remaja, malah kepada golongan korporat dan golongan berpendidikan tinggi yang suka menghabiskan masa lapang dengan bermain golf atau melayari Internet tanpa henti.
Sumber : Utusan Malaysia
Ada benar pendapat Profesor Diraja Ungku Aziz. Selama ini kerajaan telah menjalankan kempen membaca dikalangan rakyat tetapi sambutannya amat dingin. Sampai bilakah perangai ini akan terus menghantui rakyat Malaysia, tiada siapa yang tahu.
Adalah sayang sekiranya masyarakat malas membaca buku buku ilmiah sebaliknya lebih gemar membaca majalah majalah hiburan yang langsung tiada faedah.
Dan ingat ya, facebook juga tidak boleh dikategorikan sebagai buku walaupun ada perkataan "book" padanya.
2 comments:
Salam sdr. cuma nak ucap selamat berblog dan anggaplah itu satu perjuangan. Selamat bersahabat dan salam perkenalan. Saya akan pantau dn berikan perhatian selalu. ~ bh
Terima kasih saudara.
Post a Comment